KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali memohon pihak Istana Kelantan supaya memberikan penjelasan mengenai penarikan pingat “Datuk” yang dikurniakan kepada ketua mereka Datuk Ibrahim Ali.
Syed Hassan berkata selama ini Ibrahim, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas. begitu menghormati institusi diraja selain mempertahankan hak orang Melayu di negara ini.
“Beliau (Ibrahim) yang kami tahu merupakan seorang individu yang begitu lantang dan akan mengecam mana-mana pihak yang menghina kedaulatan raja-raja Melayu.
“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahl-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Syed Hassan berkata, pihaknya tidak mahu mempersoalkan keputusan tersebut tetapi hanya mahukan penjelasan.
“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana.
“Semalam dan hari ini saya telah mendapat banyak maklum balas daripada ahli yang ternyata kecewa dan sedih mengenai keputusan itu.
“Kalau betul presiden Perkasa telah melakukan penghinaan besar kepada institusi diraja, ahli boleh menemplak beliau,” katanya ketika ditemui selepas sidang media Perkasa di sini.
Istana Kelantan menarik balik pingat yang membawa “Datuk”, yang dikurniakan kepada Ibrahim berkuat kuasa semalam.
Ibrahim semalam berkata keputusan itu kemungkinan diambil ekoran krisis Istana Kelantan.
“Saya tidak tahu sebabnya. Ia tidak dijelaskan kepada saya,” katanya lagi.
“Saya telah mengunjungi Sultan Kelantan sebelum ini sebagai kawan kerana baginda kegeringan, ia kali pertama saya menghadap kunjung baginda sejak baginda pulang dari Singapura.
“Dan, baginda rapat dengan saya sebagai kawan karib, jadi itu sebabnya saya mengunjungi baginda... baginda telah bertanya tentang saya. Saya dan baginda berbual macam biasa dan kemudian hari ini darjah kebesaran ini ditarik balik,” katanya.TMI
ULASAN TINTA HIJAU DKB
Pemberian dan penarikan balik pingat adalah hak mutlak Sultan.Apa besar sangatkah Berahim Ali ini sehingga Sultan perlu memberi penjelasan.Apa nak derhaka pada Sultan ke ? kata bela melayu,junjung tinggi institusi raja, kena tarik pingat sikit dah kecoh.Kalau betul Perkasa ni memelihara kedaulatan raja2 melayu akur jelah dengan arahan Sultan ni,atau saje nak cari publisiti murahan.
“Jadi saya mohon supaya pihak Istana dapat memberikan penjelasan kenapa gelaran Datuk itu ditarik balik kerana ia mendapat respon daripada ahli-ahli yang terkejut dengan keputusan tersebut,”
Berapa kerat sangatlah ahli Perkasa tu yang kononnya terkejut.Presiden sendiripun menang pilihanraya atas tiket Pas,dulu masa bertanding atas tiket Bebas tersungkur tak bertangga si Berahim ni.Ini membuktikan majoriti orang melayu tidak bersama Perkasa.Kalau dah hebat sangat dan rasa dapat sokongan mojoriti orang melayu bertanding je PRK Galas nanti atas nama Perkasa,berani ke ? Jangan hanya berani melalak tak tentu pasal,masuk gelanggang secara anak jantan,baru kita tahu langit tu tinggi ke rendah...
“Keputusan itu adalah hak istana, tapi saya tidak mahu ahli Perkasa yang majoriti orang Melayu memberi tanggapan terhadap pihak istana"
Ni dah macam satu ugutan pada Baginda Sultan.Tapi jangan bimbang majoriti orang melayu berdiri teguh dan tentunya menyokong tindakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v ini.Kenapa ??? kerana kita tahu siapa sebenarnya Ibrahim Ali.....
Ni dah macam satu ugutan pada Baginda Sultan.Tapi jangan bimbang majoriti orang melayu berdiri teguh dan tentunya menyokong tindakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad v ini.Kenapa ??? kerana kita tahu siapa sebenarnya Ibrahim Ali.....
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan