KUALA LUMPUR - Pelakon Zahida Rafik menafikan gosip-gosip di Internet bahawa dia sudah berkahwin dengan seorang ahli politik Malaysia di London baru-baru ini.
Mengakui dirinya tertekan dengan gosip tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu menegaskan gosip itu sudah pasti tidak disenangi oleh isteri ahli politik berkenaan.
"Mana ada saya kahwin? Tak baik gosip saya dengan dia. Kalau isteri dia percaya, saya juga yang susah," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Zahida diminta mengulas dakwaan kononnya dia sudah melangsungkan perkahwinan dengan ahli politik berkenaan di London.
Perkahwinan tersebut dikatakan berlangsung sebelum bulan Ramadan lalu.Kosmo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan