Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 27 September 2010

Panas !!! Cabar Mencabar Antara Nazri Aziz Dan Ibrahim Ali

Ibrahim mendakwa beliau “mengetahui DNA” pemimpin-pemimpin Umno yang membidas Perkasa. — Gambar fail

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Datuk Seri Nazri Aziz, yang secara konsisten mengkritik Perkasa dan kepimpinannya, mencabar Datuk Ibrahim Ali, yang memberi amaran kepada tiga pemimpin kanan Umno termasuknya dirinya, supaya mendedahkan apa saja rahsia yang beliau dakwa ada sekarang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini menegaskan, ugutan Ibrahim kelmarin sama sekali tidak membimbangkannya, sebaliknya tindakan wakil rakyat Bebas itu memperkuatkan beliau dalam menentang sikap “rasisme” yang dibawa oleh Perkasa.
“Saya mahu Ibrahim Ali mendedahkan apa saja rahsia yang beliau ada tentang diri saya. Saya mencabar beliau.
“Lebih baik beliau mendedahkan secepat mungkin kerana saya akan terus menyerang Perkasa dan saya akan terus melawan beliau,” kata Nazri kepada The Malaysian Insider.
Di Pasir Mas kelmarin, Ibrahim memberi amaran kepada tiga pemimpin Umno supaya tidak lagi mempersoalkan perjuangan pertubuhan Melayu itu yang ditubuhkan dua tahun lalu untuk mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut adalah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Nazri dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.
Ketiga-tiga pemimpin tersebut pernah mendakwa Perkasa boleh menjadi punca kepada BN kehilangan sokongan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya kenal siapa mereka, mereka sepatutnya tidak salahkan Perkasa,” kata beliau sambil mendakwa, “Saya tahu DNA mereka.”
“Kalau saya dedahkan nanti, jadi berperang pula,” kata Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
“Jadi lebih baik cukup sampai di sini sahaja,” katanya.
Nazri kelihatan lantang dalam menzahirkan pendiriannya sejak kebelakangan ini berhubung tindak tanduk Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan dua tahun lalu, menghakis sokongan Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan bukan Melayu.
Bagaimanapun Ibrahim dalam perhimpunan Perkasa di Pasir Mas kelmarin juga mendakwa pandangan ketiga-tiga pemimpin Umno itu berbeza daripada pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden mereka.
“Adakah Ibrahim Ali tahu apa itu konsep 1 Malaysia? Jika kita bercakap dalam bahasa yang sama seperti Perdana Menteri, jadi mengapa kami menyokong konsep 1 Malaysia? Bagaimana, beliau lebih mengetahui berbanding saya? Tolong lah,” kata Nazri.
Ahli Parlimen Padang Rengas ini berkata Ibrahim, bekas ahli Umno, memerlukan penelitian realiti untuk memahami siapa dalam kerajaan dan siapa yang memimpin pertubuhan bukan kerajaan.
“Siapa dalam Kabinet? Siapa yang menganggotai Majlis Tertinggi, dan siapa dalam Umno? Sudah tentu bukan Ibrahim Ali,” kata beliau.
“Dedahkan apa sahaja yang anda ada, silakan. Dedahkan, saya cabar anda,” tambah ketua bahagian Umno ini.
Nazri bersama dengan Khairy dan Tengku Adnan secara konsisten melahirkan pendirian Umno mesti menjauhkan diri daripada Perkasa pimpinan Ibrahim.
Khairy berpegang pada pendirian bahawa BN akan kehilangan sokongan bukan Melayu sekiranya ia dengan segera tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.
Bagaimanapun Perkasa menerima sokongan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga merupakan penaung mereka.
Dr Mahathir menghadiri perhimpunan Pasir Mas kelmarin.TMI

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wahai ibrahim katak! sedar lah diri kamu tu. siapa kamu? cermin muka kamu tu dulu.. jangan dok memekik terlolong, macam orang gila. MP Bebas tak ada kerja lain kah. Apakah sebab musabab dok terpekik terlolong macam kena sampok. Pengundi Pasir Mas, menyesal dan menyumpah pada kamu, kerana memilih kau, tapi tak buat kerja, dok pergi buat kerja yang tak bermenafaat dan buat orang lain marah apa fasal?
Bongok punya MP Bebas, patut lah ramai pengundi Pasir Mas menyumpah dan marah kat kamu. Kerja hakiki tak buat buat... BONGOK
Dengar betul betul wahai ibrahim katak! Itu baru S.Nazri, KJ dan Tg Nan, bagaimana kalau semua warga Bukan Melayu yang membantah memberi komen negatif terhadap kamu, tdm kerala dan perkasa?????? Itu pun belum tentu semua warga Melayu menyokong cita cita gila kuasa kamu dan tdm kerala itu, mereka juga membantah. apakah kamu akan mendedahkan DNA mereka semua...jangan jadi bodoooooooh.
ibrahim katak, kamu akan hancur dalam GE13, walau pun kamu perkuda dan peralatkan Perkasa. kamu ingat semua warga Malaysia kini bodoh macam dulu kah? Apa ada pada kamu hanya mulut becok dan lepas cakap saja, lain apa yang kamu ada, otak? tak juga pandai, sebab ramai orang kata kamu ni BODOH. Wang nak menbiayai Perkasa atau membantu rakyat jelata kat Pasir Mas, kamu tak ada... Oleh itu apa yang kamu ada???? NAK CARI PENGARUH DAN PULIHKAN KUASA ITU SAJA NIAT BURUK KAMU BERSEKONGKOL DENGAN tdm kerala.
S.Nazri - jangan dok layan sangat katak puru tuuuu... buang masa saja. cuba S.Nazri fikir betul2 apa kah niat dan tujuan katak puru tu.... TIDAK JUJUR, HATI KALDU, BERKEPENTINGAN DIRI SAMA JUGA tdm kerala tu. KALAU KAT CHINA - KEDUA INI HUKUM TEMBAK SAMPAI MATI KERANA PENGHASUT DAN RASIS.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....