Kapal 'Freedom Flotilla' milik NGO IHH Turki, yang ditahan oleh pasukan komando tentera regim Israel pada 31 Mei telah tiba di pelabuhan Iskenderun, Turki sebagaimana dilaporkan laman televisyen CNN saluran Turki.
Pada 5 Ogos lalu, regim Israel terpaksa memutuskan untuk mengembalikan kapal penumpang Mavi Marmara akibat tekanan dari negara Turki dan antarabangsa yang mendesak Israel berbuat demikian.
Namun kapal kargo dari Ireland, 'Rachel Corrie' masih dalam genggaman regim Israel. (Gambar - Mavi Marmara ketika ditahan di Israel)
Menurut media Turki, sebuah kumpulan khas para pakar dan wakil daripada syarikat insurans akan menilai kerosakan kapal akibat serangan pasukan komando Israel.
Pada 31 Mei, lalu, dunia yang telah menjangka tindakan ganas Israel telah mengutuk serangan komando regim itu keatas armada 'Freedom Flotilla', kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan.
Serangan menggunakan kapal perang dan helikopter Israel itu telah mengorbankan 8 aktivis kemanusiaan rakyat Turki, dan seorang rakyat Amerika berketurunan Turki, yang menjadi penumpang diatas kapal Mavi Marmara.
Regim Israel menggunakan pelbagai alasan dangkal menutup kesalahannya, namun menurut saksi dari NGO Malaysia, Haji Jamiludin dari Yayasan Amal, jelas komando Israel melepaskan tembakan keatas mereka yang tidak bersenjata.
Insiden berdarah itu telah memburukkan hubungan antara Turki dan Israel, yang akhirnya terpaksa tunduk untuk bekerja sama dengan PBB untuk menyiasat insiden itu, seperti yang dituntut oleh Ankara.
Keberanian aktivis kemanusiaan berhadapan dengan maut menghadapi regim Israel telah membangkitkan kesedaran diseluruh dunia tentang kekejaman Israel laknatuLlah..
Hampir 10,000 aktivis dari Eropah dan Amerika Syarikat telah pun mendaftarkan diri dan 60 buah kapal dari 6o buah negara sudah bersedia untuk mengikuti misi 'Memecah Tembok Halangan Gaza' yang akan datang.BO
Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Ahad, 8 Ogos 2010
Mavi Marmara Kembali Ke Pangkuan Turki
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan