KOTA BHARU, 28 Jun: Kerajaan Kelantan merakam penghargaan tinggi kepada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah(gambar kiri) kerana bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti petroleum sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.
Malah ia mengulangi komitmen yang pernah dibuat anggota Parlimen Gua Musang itu sebelum ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, kesediaan Tengku Razaleigh sewajarnya dipuji memandangkan beliau berpegang kepada kebenaran.
“Kami mengucap berbanyak terima kasih kepada Tengku Razaleigh kerana bersedia menjadi saksi pada kes yang cukup penting ini.
“Kesediaan itu dapat membantu rakyat Kelantan bagi mendapatkan haknya sebagaimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974,” katanya di sini.
Tengku Razaleigh yang juga veteran Umno dalam kenyataannya semalam menyebut bersedia menjadi saksi kes tuntutan royalti minyak memandangkan beliau bertanggungjawab menyediakan Akta Kemajuan Petroleum.
Menurutnya, tawaran itu dibuat memandangkan beliau mengetahui banyak perkara kerana pernah dilantik sebagai Pengerusi Petronas.
Pada Januari lalu Tengku Razaleigh menyertai perhimpunan raksasa rakyat Kelantan di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV bagi menuntut royalti petroleum sebanyak 5 peratus daripada kerajaan pusat.
Pada majlis itu bekas pengerusi Petronas terbabit menjelaskan hak-hak Kelantan ke atas royalti biar pun minyak ditemui di kawasan daratan (onshore) atau lautan (offshore).
Penjelasan itu jelas bercanggah sama sekali dengan kenyataan pemimpin Umno yang menyebut Kelantan tiada hak memandangkan minyak ditemui di luar tiga batu nautika.Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan