Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 16 Jun 2010

DAP mahu saman Keshvinder, Hee ingkari janji setia


KUALA LUMPUR, 16 Jun — DAP akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dua wakil rakyatnya dari Perak - Keshvinder Singh dan Datuk Hee Yit Foong — kerana melanggar kontrak kesetiaan yang mereka tandatangan selepas pilihan raya umum 2008.Keshvinder keluar DAP semalam manakala Hee awal tahun lalu.
Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham (gambar) menegaskan perjanjian yang mereka tandatangan memerlukan wakil-wakil rakyat yang hendak keluar parti mengosongkan kerusi mereka dan bayar RM5 juta sebagai denda.
“DAP Malaysia akan memfailkan saman. Pada prinsipnya, kepimpinan tertinggi sudah bersetuju dengan ini, saya sudah berbincang dengan beberapa pemimpin kanan termasuk Lim Kit Siang, Lim Guan Eng danKarpal Singh dan mereka bersetuju.
“Bagaimanapun sebagai menghormati keseluruhan kepimpinan parti, kami hanya akan memfailkan saman selepas jawatankuasa eksekutif pusat parti mengadakan mesyuarat 28 Jun,” kata beliau pada sidang media di lobi bangunan hari ini.
Kepimpinan DAP Negeri Sembilan dan Perak telah meminta wakil rakyat yang dipilih menandatangai perjanjian kesetiaan selepas pilihan raya umum 2008 bagi mengelakkan tindakan lompat parti.

Di Perak, wakil-wakil rakyat yang bertindak keluar dikehendaki menandatangani perjanjian setia dengan bersetuju akan mengosongkan kerusi dan membayar denda RM5 juta.
Dalam tindakan mengejutkan semalam, Keshvinder yang juga seorang peguam mengumumkan keluar dari DAP untuk menjadi wakil rakyat Bebas disebabkan kecewa dengan pimpinan pembangkang di Perak yang berpolitik berlebihan sehingga mengabaikan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.
Timbalan ketua DAP M. Kulasegaran pula memberitahu setiap jawatankuasa negeri parti diberikan hak untuk memutuskan bagaimana hendak memastikan kesetiaan wakil-wakil rakyat yang dipilih.
"Ini kerana tiada undang-undang antimelompat parti di negara.
"Untuk memastikan kesetiaan wakil-wakil rakyat, kami mengenakan kaedah ini, setelah calon-calon diberi lampu hijau untuk bertanding atas tiket DAP, mereka dikehendaki menandatangani kontrak ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Barat pada sidang media hari ini.
Bagaimanapun Ngeh menjelaskan, jika Hee dan Keshvinder memenuhi terma dan syarat kontrak, tindakan undang-undang tidak akan diteruskan.
“Kami akan menghantar surat tuntutan. Jika mereka mematuhi, tidak perlu membawa isu ini ke mahkamah," katanya.
Ngeh juga berkata, DAP hanya sekarang memutuskan untuk bertindak demikian selepas mendapati bahawa wakil rakyat yang keluar parti tidak harus menerima manfaat daripada tindakan mereka melompat keluar parti.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....