Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Mei 2010

Konspirasi Jatuhkan Pak Lah Atau ...


KUALA LUMPUR : Kabinet yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dicadang disiasat berikutan kes penjualan dua telaga minyak negara kepada Brunei.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan agar siasatan dijalankan kerana negara bukan sahaja kehilangan sumber hasil bernilai lebih RM320 bilion, tetapi turut menjejaskan maruah.
"Saya cadangkan satu siasatan ke atas Kabinet Tun Abdullah untuk menilai sejauh mana kewajaran untuk menjual telaga minyak itu kepada Brunei.
"Semua anggota Kabinet ketika itu juga harus disiasat, termasuk timbalannya, Najib Razak," ujar beliau.
Menurut Mahfuz lagi yang juga Ahli Parlimen (AP) Pokok Sena, beliau yakin sebahagian besar anggota Kabinet ketika itu menjadi ‘pak angguk’ dan meluluskan usul terbabit tanpa usul periksa.

Beliau turut memuji pendedahan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai tindakan yang wajar dan berharap lebih banyak pendedahan dibuat untuk mendedahkan kepincangan dalam pentadbiran negara.
"Ini antara kesilapan terbesar Abdullah yang menyebabkan negara menanggung kerugian besar kerana hilang sumber pendapatan untuk membangunkan negara," katanya.
Mahfuz turut menggesa Najib atau timbalannya campur tangan dalam isu ini dan memberi maklum balas segera, serta tidak menutup kes ini daripada pengetahuan umum.
"Saya tidak pasti sama ada ini adalah sebahagian komplot yang dibuat untuk menjatuhkan Tun Abdullah, seperti yang didakwa penulis blog, Kickdefella atau mungkin kempen untuk menjatuhkan Najib yang didakwa bersekongkol dengan Abdullah dalam isu penjualan telaga minyak itu," katanya lagi seperti dipetik media.Erapakatan

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....