BUKIT SENTOSA 9 Apr - Pakatan Rakyat menyelar pentabdiran Umno-Barisan Nasional yang telah menyebabkan gejala dan masalah sosial di negara ini semakin meningkat dan berleluasa tanpa sebarang tindakan untuk mengatasinya.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi membidas sikap Umno-BN yang tidak pernah peka dengan masalah sosial yang timbul sekarang ini malah sanggup mempromosi budaya kuning dikalangan rakyat negara ini.
"Kita perlu melakukan perubahan segera kerana dasar yang dilakukan oleh BN sudah teruk dan terpesong dari landasan sebenar yang mana kita lihat soal ekonomi, politik, sosial sudah punah ranah.
"Ini terbukti dengan kenyataan yang dikeluarkan sebuah akhbar yang mengatakan kadar kelahiran anak luar nikah setiap tahun semakin meningkat, pada tahun 2007 seramai 16,100 orang, 2008 seramai 16,341 orang manakala 2009 seramai 17,303 orang ini, belum lagi termasuk bayi yang dibuang ditepi-tepi jalan atau yang diberikan kepada orang kampung untuk diperlihara yang tidak didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
"Yang didaftarkan sahaja dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini melibatkan bangsa Melayu seramai lebih 70,000 orang dan kalau dicampur dengan bangsa lain 214,000 orang," kata Nasrudin semasa berucap pada Pentas Pemuda Pakatan Rakyat di Bukit Sentosa Selasa lalu.
Beliau berkata peningkatan kadar anak luar nikah ini adalah kerana kerajaan tidak serius untuk menanganinya dari peringkat akar umbi.
"Bagaimana kadar ini tidak meningkat, kita boleh lihat tahap sosial negara ini yang tidak pernah menurun malah semakin meningkat sebagi contoh kita lihat iklan kondom di negara ini semakin meluas malah mendapat sokongan dari kementerian tertentu, bila kita timbulkan isu anak luar nikah mereka hanya menjawap guna kondom agar tidak wujud anak luar nikah.
"Iklan kondom sedemikianlah yang telah menjurus kepada seks bebas, hilangnya maruah diri remaja, jatuhnya martabat masyarakat negara ini dan juga bangsa Melayu. Dengan iklan yang dilakukan secara terbuka remaja sekarang akan merasa bahawa seks boleh dilakukan tetapi perlu menggunakan kondom bukannya melihat kepada dosa akibat melakukan zina.
"Pemerintahan di bawah Barisan Nasional tidak pernah kenal halal dan haramnya. Kita sebut pasal ini adalah kerana sikap tanggungjawab kita sebagai manusia kepada manusia lain, sepatutnya BN mengambil tindakkan tegas dalam soal ini tetapi turut sama dengan mempromosikan iklan tersebut," tegas beliau lagi.
Beliau menegaskan sikap berdiam diri pihak Umno-BN dalam hal sosial ini menyebabkan kesukaran untuk kita membasmi gegala sosial yang semakin teruk sekarang.SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan