Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 22 Mac 2010

Saya bahagia bersama Sultan Kelantan-Elia Suhana

KOTA BHARU – Isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, mendakwa hidupnya bahagia bersama Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra sebelum perkara ini menimpa rumah tangga mereka.

Ketika ditemui pemberita, Cik Puan Elia memberitahu, beliau berasa sangat sedih dengan apa yang berlaku sekarang ini.

“Saya tidak sangka perkara ini akan berlaku. Saya berasa sangat sedih kerana seolah-olah wujudnya konspirasi untuk menafikan hak saya sebagai isteri.

“Saya sedih sangat. Tuanku masih lagi gering dan saya sehingga ke hari ini masih tidak dibenarkan melawat atau berjumpa dengan Tuanku,” katanya ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau percaya perkara tersebut dilakukan oleh pihak ketiga dan akan mengambil tindakan terhadap pihak berkenaan.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan. Bagi saya rumah tangga saya dengan Tuanku tidak ada masalah, cuma saya tidak dibenarkan berjumpa Tuanku sahaja,” katanya.

Beliau berkata, sejak Tuanku dibawa balik sini dari Singapura sehingga sekarang beliau masih lagi tidak dapat bertemu suaminya.

“Kali terakhir saya jumpa Tuanku pada 8 Oktober tahun lalu, selepas itu beberapa kali percubaan saya melawat Tuanku gagal kerana dihalang pihak berkenaan.

“Semasa saya pergi bertemu Tuanku saya tengok Tuanku gembira berjumpa dengan saya. Alhamdulilah saya nampak keceriaan pada wajahnya dan tiada sebarang masalah pun dalam hubungan kami,” katanya.

Cik Puan Elia berkata, sekarang ini beliau hanya mengikut prosedur mahkamah sahaja kerana perintah mahkamah masih lagi berjalan seperti biasa.

“Apa yang saya minta hanya untuk melawat Tuanku, tidak lebih daripada itu. Saya pun nak Tuanku sihat juga dan saya sentiasa mendoakan kesihatan Tuanku,” katanya.SH

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....