Batu Burok, KUALA TERENGGANU - Melayu Umnolah yang selama ini bertanggungjawab menakut-nakutkan masyarakat tionghua (Cina) terhadap Islam.
Sedangkan Islam diturunkan oleh Allah adalah untuk semua dan Islam bukan hanya untuk orang Melayu sebagaimana yang digambarkan oleh pemimpin-pemimpin Umno.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong, Khalid Idham Lim Abdullah mendakwa Melayu Umno yang bertanggungjawab mewujudkan persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Islam.
Katanya, pemimpin Melayu Umno sejak sekian lama cuba menakut-nakutkan orang Cina tentang bahaya PAS yang membawa dasar Islam.
“Umno menakut-nakutkan Cina bahaya PAS dan merekalah (Melayu Umno) yang menyebabkan orang Cina takut kepada Islam,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Pakatan Rakyat di Perkarangan Pejabat Dewan Undangan Negeri (Dun) Batu Burok, Kuala Ibai, 21 Januari lalu.
Katanya, Islam adalah untuk semua umat manusia dan bukan hanya untuk orang Melayu Umno di Malaysia.
Bahkan, katanya sejarah mengatakan kedatanagan Islam ke tanah Melayu ini dibawa oleh masyarakat Cina sejak ratusan tahun lalu.
Menurutnya, PAS yang membawa dasar dan perjuangan Islam diberi persepsi yang negatif serta menakutkan masyarakat tionghua selama ini.
“Mereka (Umno-BN) sengaja memburuk-burukkan PAS dengan dasar Islam dan sekaligus menjadi benteng untuk menghalang orang Cina faham Islam,” ujarnya.
Katanya, nikmat bersama Islam wajar dikongsi bersama antara masyarakat Melayu, Cina dan lain-lain bangsa di negara ini.
Justeru itu, beliau menyeru kepada rakyat di seluruh negara agar tinggalkan perjuangan Umno yang pincang.
“Rakyat kena tinggalkan perjuangan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.
“Jika tidak mereka (Umno-BN) akan terus mengekalkan kuasa, jawatan dan kerakusannya (zalim) terhadap rakyat,” tegasnya.
Menurutnya, rakyat hari ini dapat melihat hasil ‘tangan’ lebih 50 tahun Umno dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah negara.
Katanya, pelbagai masalah timbul yang melanda negara termasuk yang termasuk isu cubaan membakar gereja dan surau.
Hadir sama pada majlis tersebut Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Adun Simpang Pulai, Perak, Chan Ming kai.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan