Bertempat di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran telah berlangsung Makan Malam Perdana 2010. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dato' Dr. Hassan Bin Mohamed Ali dan Tuan Haji Ismail Bin Arsat.
Di majlis ini, YB Dr. Abd Rani Osman, ADUN Meru turut memberi ucapan. Dan di dalam ucapan beliau sempat menyeru agar penganut agama Islam dan Kristian saling bertoleransi kerana kerjasama antara Islam dan Kristian sudah terjalin sekian lama.
"Orang Yahudi kata, keluarkan orang Islam kami nak bunuh. yang keluar adalah pastur-pastur, father-father, dia kata if you want to kill the muslim, kill us first. Cross our death body. Itu kata paderi-paderi. Bunuh kami dulu sebelum kamu bunuh orang Islam menyebabkan orang-orang Islam itu terselamat. Yang ini kita hendak beritahu dunia bahawa kerjasama ini dah lama, Kita hendaklah bergerak atas benda kita kesamaan, bersifat toleransi."katanya.
Beliau turut mengajak supaya semua penganut agama perlu kembali kepada ajaran agama masing-masing agar keamanan Malaysia terjamin.
"Saya bagitahu dimana-mana, sama ada saya pergi ke kuil, sama ada saya pergi ke tokong cina, sama ada saya pergi ke church, saya ulang balik apa yang Tok Guru sebut tapi saya tambah sikit la, saya kata kalaulah orang-orang India balik pada ajaran agama mereka, kalau orang-orang cina, berbalik balik pada ajaran agama mereka, kalau orang kristian balik balik visit your church, do what the bible told you to do dan kalau orang-orang Islam balik pada ajaran Quran mereka. Malaysia ini InsyaAllah Allah Taala jadikan negara yang cukup aman."ujarnya lagi.
ADUN Pandamaran, YB Ronnie Liu Tian Khiew turut berucap pada majlis tersebut berpendapat tindakan demonstrasi Umno di Shah Alam sedikit sebanyak turut memberi kesan terhadap sensitiviti agama di Malaysia.
"Saya sangat-sangat bersetuju dengan Tok Guru kerana dia katakan apa yang dilakukan oleh Umno apabila pemimpin mereka mengetuai demonstrasi di Shah Alam dimana mereka membawa kepala lembu. Tindakan itu telah menjadikan sensitiviti agama di Malaysia jadi kurang atau hilang. Sebab itu sekarang ada orang yang ekstrimis yang berani menyerang gereja."katanya.
Sebelum mengakhiri ucapan beliau, Ronnie sempat meminta agar pemimpin Umno tidak memberi sebarang statement sensitif yang boleh menyebabkan kemarahan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
"Malam ini saya meminta semua pemimpin Umno lebih cermat lebih careful janganlah keluarkan statement yang sensitif yang negatif yang ada unsur menghasut orang yang ekstrimis membuat kelakuan yang jahat. Malaysia ini kita semua faham merupakan satu masyarakat yang majmuk dimana ada bangsa semua. Saya masih ingat Tok Guru beritahu kita jangan memandang rendah apa-apa bangsa kerana walaupun kulit kita berwarna lain, kalau pisau nak bukak, darah samanya merah."ujarnya lagi.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan