Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 Januari 2010

Bukan Hanya Orang Hidup,Yang Dah Mati Pun Terancam





KUALA NERUS – Tanah perkuburan orang Islam di kampung Tok Jembal dekat sini bakal di hanyutkan arus akibat hakisan pantai yang semakin teruk.

Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah berkata hakisan yang berlaku sejak akhir tahun 2008 berterusan, malah semakin parah kini

Menurutnya, hakisan pantai yang berlaku itu adalah kerana pembangunan yang dilakukan di kawasan tersebut tidak mengikut piawaian yang ditetapkan

”Apabila pembangunan tidak mengikut piawaian dan idak mengikut perancangan yang sempurna, akan menimbulkan banyak kesusahan kepada masyarakat,

”saya dapati dikawasan tersebut memanglah bukan sahaja jalan (yang menjadi) laluan utama yang terhakis, tetapi akan berterusan kepada tapak perkuburan,”katanya ketika dtemui Buletinonline.

Oleh tu beliau berharap pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah hakisan tersebut dengan segera, sekiranya kerajaan benar-benar mendahulukan kepentingan rakyat.

Sehubungan itu, Pengarah Majlis Tindakan Seberang Takir, Zakaria Dagang turut menyatakan kebimbangannya apabila kini, tanah perkuburan yang terletak pada jarak seratus meter dari ‘gigi air’ kini cuma tinggal sekitar tiga puluh meter sahaja.

Beliau meminta pihak kerajaan mengkaji semula kontrak yang diberikan kepada syarikat yang mengawal masalah hakisan kerana seteah dua tahun, hakisan bukanya berkurangan bahkan bertambah lebar.

”rata-rata masyarakat dan orang ramai berpendapat, masalah hakisan tersebut adalah disebabkan projek pemanjangan landasan terbang, syarikat yang sama juga dilantik untuk mengawal hakisan,

”namun sehingga kini, bukan tambah kurang, namun tambah lebar,”katanya.

Beliau dimaklumkan, tiada sebarang kajian tentang ‘impak’ sebenar terhadap alam sekitar akibat penngunjuran landasan tersebut ke tengah laut.

’Selepas beraku hakisan yang teruk pada tahun lalu, barulah timbul cadangan ntuk membuta kajian, ia jelas maknanya, sebenarnya tidak ada kajian yang ‘detail’ (terperinci) dibuat,”jelas Zakaria.

Menurutnya , apabila ‘nasi telah menjadi bubur’, hakisan berleluasa, barulah Ahli Parlimen Kuala Nerus mencadangkan supaya dilakukan satu kajian.

Begitu juga beberapa projek lain termasuk ‘bumbung stadium yang runtuh’, tidak pernah sebelum ini kajian dilakukan terhadap struktur ‘tanpa tiang’ yang dibangunkan.

Beliau menyifatkan prlaksanaan pembangunan tanpa kajian itu kini bukan sahaja membahayakan kehidupan rakyat, malah mengancam tanah perkuburan (tempat orang-orang yang telah mati).BOImbang Penuh

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....