Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 24 Disember 2009

UMNO Pulau Pinang Lebih Layak Jadi Pembangkang Berwibawa

Gembira dan bersyukur rasanya apabila UMNO Pulau Pinang menuntut jawatan Pengerusi BN (sebut Barisan Nasional) dari Gerakan (Parti Gerakan Rakyat) atas prestasi Gerakan selama tiga dekad gagal dalam mentadbir negeri itu sehingga jatuh ke tangan pembangkang.

Di dalam sebuah Negara demokrasi, pembangunan mestilah berdasarkan kepada pembangkang yang mampu bersifat kritikal bagi memberi check and balance dalam urustadbir baik. Pembangkang perlu bersikap proaktif dan memantau setiap langkah pemerintah. Namun, perkara ini tidak diperlihatkan di Pulau Pinang.

Masalah yang berlaku di Pulau Pinang ialah bila mana Pengerusi BN sebagai pembangkang ialah dari Gerakan manakala di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula dari UMNO. Ini kerana Gerakan tidak mempunyai wakil DUN di Pulau Pinang.

Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon menolak permintaan pemimpin UMNO Negeri dengan alasan jawatan itu telah disandang oleh para pemimpin Gerakan selama lebih 35 tahun dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Kenyataan tersebut sememangnya telah memakan diri sendiri. Zahid Hamidi menyangkal kenyataan Koh dengan mengatakan bahawa Negara ini bukannya coup d'etat (pengambilan kuasa dengan tidak berlandaskan perlembagaan).

Selepas cadangan itu diperbesarkan oleh media, Gerakan mula cuba menunjukkan taring mereka yang tumpul. Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow memberi amaran untuk jangan memperlekehkan pihaknya dengan menuntut agar diserahkan kedudukan Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang disandang mereka sejak lebih tiga dekad lalu. Beliau juga berkata pihaknya kini memainkan penting dalam usaha merampas balik kerajaan negeri daripada Pakatan Rakyat.

Alasan UMNO untuk ambil alih

Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut jawatan tersebut berkata bahawa tuntutan itu wajar kerana UMNO mempunyai bilangan Adun terbanyak di peringkat negeri iaitu 11 orang dan tiada wakil dari komponen BN yang lain termasuk Gerakan.

Di dalam politik, sungguh banyak kebetulannya. Zahid Hamidi bersuara mengenai hal ini hampir setiap hari sehinggakan Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO menasihati supaya kedua-duanya, Zahid dan Tsu Koon tidak lagi membincangkan perkara itu lagi.

Gembar-gembur ini berlaku apabila umum didedahkan dengan berita kehilangan enjin General Electric J85-21A untuk pesawat pejuang 1-penumpang F-5E Tiger dari Lapangan Udara Sungei Besi baru-baru ini. Kita juga dikejutkan bahawa rupa-rupanya bukan sebuah tetapi dua telah kehilangan pada tahun 2007 di Butterworth ketika Najib Razak menyandang portfolio Menteri Pertahanan.

Tiba-tiba kedua-duanya bersuara tentang isu Pulau Pinang. Umum ketahui bahawa Gerakan tidak mahir dalam politik rabun-merabun dan menjadi seekor lagi kambing hitam UMNO.

Apa jua kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil Gerakan akan memakan diri sendiri. Pemangku Pengerusi Perhubungan Gerakan Pulau Pinang Teng Chang Yeow (gambar kiri) berkata kepada media pada 21 Disember, "Jadi, untuk mengatakan Gerakan tidak aktif adalah satu kenyataan sangat mengarut".

Persoalannya, apakah desakan drastik yang dibuat Gerakan sejak tumbang pada 8 Mac? Antara lain, mereka mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghormati bangsa lain dengan mempamer tanda jalan dalam pelbagai bahasa. Adakah itu desakan terbaik yang dapat dilakukan Gerakan? Apakah tugas semudah itu tidak dapat dibuat Gerakan selama bertakhta selama 35 tahun? Sekelip mata sahaja Timbalan Ketua Menteri, Ramasamy mengarahkan pihak berkuasa tempatan menggantikan tanda-tanda jalan kepada bahasa lain. Dan Gerakan terus senyap.

Beza Gerakan dan UMNO

Gerakan sebuah parti berbilang kaum manakala UMNO parti untuk bangsa Melayu dan membuka keahlian kepada mamak seperti Senator Shahrizat Abdul Jalil yang kemudiannya diberi jawatan tertinggi dalam sayap wanita.

Oleh itu, Gerakan akan mempunyai masalah untuk bersaing dengan Pakatan Rakyat. Sekiranya rakyat memilih parti berbilang kaum, apakah rasionalnya menukar pangkah kepada Gerakan? Pengundi akan ternyata memangkah UMNO sekiranya mereka bersifat perkauman.

Gerakan juga mempunyai pendirian berbeza mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (sebut akta zalim) yang meminta agar akta tersebut dipinda. UMNO mahu ianya dikekalkan. Gerakan telah membuat pendirian selamat tetapi mereka tidak menyedari pendirian tersebut tidak kuat memenangi hati rakyat. Mereka seharusnya bersifat tegas; kekal atau mansuh terus.

Begitu juga dengan pendirian mereka tentang kebebasan bersuara. Mereka kononnya menyokong prinsip kebebasan tetapi bersetuju beberapa buku diharamkan. Kes yang jelas ialah apabila buku Muslim Women and the Challenges of Islamic Extremism terbitan Sisters in Islam diharamkan.

Koh Tsu Koon (gambar kiri) yang kemudiannya dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri melalui pintu belakang dengan memasuki Dewan Negara juga menghadapi masalah sebagai menteri.

Beliau yang tidak menyedari bahawa beliau hanya seorang senator cuba menunjuk kehebatan dengan bersuara di Dewan Rakyat. Tetapi tidak menyedari di dalam Peraturan Tetap Dewan, senator tidak dibenarkan berucap sekiranya bukan mengenai portfolionya. Dia dikritik hebat kerana tidak muncul di Dewan Rakyat untuk menjawab masalah kementeriannya dan beliau juga jarang hadir di sessi Dewan Negara. Beliau ternyata gagal dalam KPI-nya sendiri.

Lihat bagaimana reaksi UMNO. Mereka sanggup mendesak Koh Tsu Koon, Teng Hock Nan (Pengerusi Perhubungan Negeri Gerakan) dan bekas Ahli Parlimen Bukit Bendera Chia Kwang Chye untuk memohon maaf kepadanya. Kes merujuk kepada Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Ahmad Ismail yang menyifatkan kenyataan bukan Melayu sebagai pendatang.

Ahmad Ismail didapati bersalah oleh Jawatakuasa Disiplin UMNO dengan digantung selama tiga tahun selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi ditarik balik awal bulan ini. Inilah permainan kabur-mengabur yang dikehendaki dalam Parti seperti UMNO dalam memenangi Melayu.

Pada waktu itu, penyokong Ahmad Ismail (gambar kanan) secara berani mengoyakkan poster Pengerusi BN tanda marah.

Jadi, bagi memperkuatkan kerajaan dan manfaat rakyat, Gerakan gagal dalam mempamerkan sifat proaktif mereka dan memberi kesenangan amat kepada kerajaan negeri yang ada sekarang. Khuatir dengan kelemahan Gerakan akan menjadi seperti Kerajaan Persekutuan yang berkuasa lebih separuh abad dan dibusukkan dengan pelbagai amalan rasuah.

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Merdeka Review

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....