Sahabat Ambo
Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih
Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas
Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud
Translate
Jumaat, 25 Disember 2009
Kisah kelakar (?) hujung tahun 2009
Oleh - Adb Jalil Ali
Semua orang tahu apa yang diceritakan ini adalah perkara serius yang sepatutnya tidak terjadi di negara kita. Sehari dua ini ia mencetus-kan kontroversi, dan menjadi tajuk utama media. Tetapi saya melihatnya sebagai kelakar. Susah hendak diterima akal yang waras bahawa perkara seperti ini boleh berlaku. Betul-betul macam dalam cerita kartun.
Dua unit enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi, pada tahun 2007. Nilai setiap enjin itu dianggarkan RM50 juta. Ertinya tentera udara kita kehilangan barang bernilai RM100 juta.
Boleh diterima akal sekiranya yang hilang ialah jam tangan, telefon bimbit, komputer riba, atau barang-barang mewah lain. Sebab benda-benda ini kecil, ringan dan mudah disembunyi-kan dalam saku, di bawah ketiak, atau disorokkan dalam kain sarung atau dalam telekung. Kehilangan benda-benda ini selalu kita dengar, tidak sedikit pun menghairankan.
Tidak juga saya hairan sekira-nya yang hilang ialah basikal, motosikal, kereta, kerbau, lembu dan sebagainya. Kehilangan benda-benda ini juga adalah perkara biasa. Usahkan pencuri profesional, orang yang baru belajar jadi samseng jalanan pun boleh mencuri benda-benda itu. Malah, kalau orang curi enjin bot sangkut pun, kita boleh terima logiknya.
Tetapi, macam mana orang boleh ‘curi’ enjin pesawat TUDM? Ini yang kita susah hendak percaya. Enjin kapal terbang bukan macam enjin bot sangkut. Enjin bot sangkut ringan, dan ukurannya tidak sampai setengah pemeluk. Mungkin enjin itu boleh dimasukkan dalam guni beras dan dipikul seorang sahaja. SH
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz
Bermula 31/7/2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan