Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Disember 2009

Ketuanan Melayu: Aduan polis terhadap wakil DAP




Badan Bertindak Perpaduan Ummah membuat laporan polis terhadap naib pengerusi DAP M Kulasegaran yang didakwanya telah mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Laporan tersebut dibuat oleh sekumpulan anggota badan bertindak tersebut di ibu pejabat polis daerah Shah Alam hari ini.

Mereka membuat aduan itu berdasarkan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini, antara lain, memetik Kulasegaran sebagai berkata beliau berpandangan dasar ketuanan Melayu bertentangan dengan slogan 1Malaysia dan tidak mencerminkan kesejahteraan rakyat negara ini.

Akhbar itu juga melaporkan Kulasegaran sebagai berkata, beliau tidak faham mengapa setelah bertahun-tahun lamanya, masih ada kelompok manusia perpcaya kepada warna kulit atau penampilan yang lebih tinggi daripada satu kaum yang lain.

Ahli parlimen DAP bagi Ipoh Barat dilaporkan memberitahu pemberita demikian di lobi Parlimen semalam.

Dalam aduan tersebut, mereka meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap Kulasegaran ekoran kenyataannya itu.

Bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, timbalan presiden badan bertindak itu, Ibrahim Sabri berkata, pihaknya memberi tempoh dua minggu - mulai hari ini - kepada Kulasegaran untuk memohon maaf terhadap kenyataannya.

Jika tidak, katanya, mereka akan mencarinya "sampai ke lubang cacing" sama ada di pejabatnya atau di tempat-tempat lain.

Beliau juga meminta menteri dalam negeri supaya menahan Kulasegaran bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan tersebut.

Manakala presiden badan bertindak itu, Ahmad Mahayuddin Abd Manaf pula berkata bukan Melayu tidak patut mempertikaikan hak-hak keistimewaan orang Melayu.

Tambahnya, orang Melayu sendiri tidak pernah mempertikaikan hak-hak bukan Melayu di negara ini.

Mahayuddin dan Ibrahim antara 12 orang yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini berhubung kes mengarakkan kepala lembu dalam satu perhimpunan bantahan di SUK Selangor, hujung Ogos lalu.

Mereka berdepan dengan tuduhan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam daripada mereka turut menghadapi dakwaan menghasut. Mahkamah menetapkan perbicaraan pada 12 April depan.

Selepas keluar dari mahkamah, mereka dilihat memegang kain rentang yang bertulis "Jangan bodoh macam lembu, jaga sensitiviti dan perasaan orang Melayu".

Kain rentang tersebut juga turut memaparkan gambar tiga pemimpin DAP Lim Kit Siang, Lim Guan Eng (setiausaha agung) dan Nga Kor Ming (setiausaha Perak).

Ditanya mengenai kain rentang tersebut, Mahayuddin berkata, ia sebagai reaksi kepada pemimpin DAP yang memijak gambar tiga ADUN bebas di Perak baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, bukan mereka yang membawa kain rentang tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, ketika keluar dari mahkamah, mereka ternampak ada oran gyang membawa kain rentang tersebut dan mereka turut memegangnya sama sebagai tanda sokongan.Mkini

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....