PUSASDA, TELUK KEMANG - Kehadiran calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar di pusat pembuangan undi pos di sini telah mendapat sambutan yang luar biasa di kalangan anggota tentera.
Menurut Pengurus kempen calon, Hj Anwar Hashim, ini merupakan indikator dan petanda yang baik yang menunjukkan sokongan anggota tentera kepada calon Pakatan Rakyat.
“Sambutan luar biasa ini juga membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak bahawa undi tentera hanya milik Barisan Nasional adalah omongan kosong”.
“Ini terbukti apabila Zulkifli Mohd Omar memasuki dewan pengundian, ramai anggota tentera yang berbaris dan bersalaman dengan beliau”.
Kata Hj Anwar Hashim lagi, beliau diberitahu bahawa terdapat di kalangan anggota tentera turut mengambil peluang tersebut dengan bertegur sapa dengan Zulkifli Mohd Omar lalu mengucapkan “syabas” dan “meminta calon PAS meneruskan perjuangan”.
Sementara itu, Pemuda PAS semalam mendedahkan rakaman suara dua pemimpin BN yang didakwa menawarkan rasuah politik kepada tentera dengan berselindung di sebalik majlis sambutan Aidilfitri menjelang pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.
Di Institut Kejuruteraan Tentera Darat (IJED) di Port Dickson pagi kelmarin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi berjanji menawarkan bantuan pendidikan untuk anak tentera, pembinaan kolam renang, gelanggang futsal dan perkhidmatan internet tanpa wayar jika mereka menyokong BN.
Menurut rakaman tersebut lagi, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan pula berjanji kepada pemilih undi pos ini untuk menghulurkan bantuan RM100,000 untuk menaiktaraf sebuah surau di IJED.
Walau bagaimanapun, kata Hj Anwar Hashim, dengan sambutan hangat terhadap calon PAS, Zulkifli Mohd Omar semasa anggota tentera membuang undi pos tersebut menunjukkan bahawa mereka menolak rasuah.
“Ia juga membawa erti bahawa anggota tentera memilih calon yang lebih bersih berbanding calon yang tercemar”, tambahnya.BO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan