Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 17 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Penjelasan isu Selangor

Oleh KHALID SAMAD

1.Isu Kawalan Jualan Arak di Shah Alam
Ada pihak yang bertanya pendirian saya. Eh, macam tak baca pula bahawa ianya bermula di Shah Alam. Hanya kaedah kami di Shah Alam membawa pendekatan yang berbeza. Kami mulakan dari bawah. Penduduk sendiri yang meminta supaya ianya tidak dijual. Kaedah sebegini tidak dilihat sebagai pendekatan memaksa. Sebaliknya pemerintahan yang mengikut kehendak permintaan rakyat.



Dasar rancangan kami ialah untuk melancarkan kempen kesedaran dan keburukan minuman keras melalui kerjasama MBSA, dengan menjemput sekali Muslim dan non-Muslim bersama rakan-rakan PR. Bermula dengan penerangan dan kesedaran.

Sekarang sudah pun jadi lain. Enekmen JAIS. Namun tetap berperingkat, tetapi lebih bersifat dari atas ke bawah. Kaedah penguatkuasaan. Tiada penerangan, tiada kempen kesedaran. Mengejut. Selepas itu, dah jadi PAS bertelagah dengan DAP dan tanpa perlu dijemput, disorak UMNO.

2.Isu Ronnie Liu
Bagi saya Ronnie Liu bukanlah isu. Sepertimana saya jelaskan, beliau dilihat dari sudut arahan mesyuarat Exco yang telah memutuskan menangguh dahulu perlaksanaan permintaan ini sehingga digubal rang undang-undang dan garis panduan baru. Dia menganggap MBSA mengingkari arahan kerajaan PR. Oleh itu dia marah.

Memang masalah ‘sabotaj’ terhadap arahan kerajaan Negeri ada berlaku. Ronnie menyangka ini adalah juga satu pengingkaran dan sabotaj. Beliau tersilap. Hakikatnya, MBSA menganggap arahan kerajaan Negeri hanya untuk yang belum mencapai persetujuan dan keputusan. MBSA telah pun mencapai persetujuan di kalangan semua ahli majlisnya. Termasuk Seow, wakil dari DAP. Dia menyokong pengharaman jualan arak di kawasan majoriti Muslim di kedai-kedai runcit, 7-eleven dan sebagainya.

Isu Ronnie in sebenarnya mudah sangat ditangani. Tanpa perlu kita berbalah. Hakikatnya apa yang kita semua inginkan adalah kawalan yang lebih ketat terhadap penjualan bir dan pengharaman jualannya di kawasan majoriti Islam di kedai-kedai tertentu. Bukan bergaduh dengan DAP yang merupakan rakan kita di dalam PR.

3.Perselisihan Dengan DAP
Ada yang menganggap kalau kita gaduh dengan DAP, nama PAS akan bertambah harum. Melayu akan bertambah menyokong PAS. Itu satu andaian yang amat meleset. Yang bertepuk dan bersorak adalah Melayu UMNO. UMNO memang nak tonjolkan DAP sebagai musuh Islam. Sekiranya ummat Islam meyakini itu, mereka akan menolak DAP. Bila tolak DAP, mereka akan menolak PR. Kerana DAP bersama PR. Apabila ditolak PR, PAS turut tertolak. Yang kekal untung adalah UMNO.

Inilah sebabnya dari dulu hingga sekarang strategi UMNO ialah untuk menuduh DAP musuh Islam. Dulu Teresa, baru-baru ini Ronnie dan sekarang Loke.

Kalau PAS ikut serta demi mendapat populariti di kalangan orang Melayu, cuba tunjuk hero, PAS masuk perangkap UMNO. Lebih teruk, kita menzalimi mereka yang sedang ingin berdamai dan mengenali Islam. Mungkin di sinilah ayat Surah Al-Anfal 61 lebih tepat digunakan. Ayat itu memang berhubung orang bukan Islam yang nak berdamai bukan terhadap puak-puak seperti UMNO.

“Dan sekiranya mereka condong untuk berdamai, hendaklah kamu juga condong kepadanya”

Walaupun mereka bukan Islam, tidak bererti kita boleh sewenang-wenang sesiapa sahaja boleh menuduh mereka memusuhi Islam. Lebih-lebih lagi apabila mereka sendiri menegaskan sebaliknya. Sudah pasti tindakan sebegitu tidak adil. Tidakkah Allah memerintah kita bertindak adil walaupun terhadap golongan yang tidak kita sukai? Terhadap musuh sekalipun? Bahawa keadilan itu lebih mirip kepada keTaqwaan?

Jika ingin cetuskan perbalahan dengan DAP dari sudut politik sekali pun, ini hanya akan membuang masa. PAS tidak bertanding melawan DAP. Tiada walaupun satu kerusi yang PAS bertanding melawan DAP di kawasan bukan Melayu. Semua kerusi yang PAS tandingi, PAS lawan UMNO. Jika PAS serang DAP dan tuduh DAP musuh Islam dan lanyak DAP sehinggakan betul-betul Melayu bencikan DAP sekalipun akhirnya bukan DAP yang akan kita hadapi. Kita hadapi UMNO. Maka UMNO akan berkata, “DAP bersama PR. Kalau tidak mahukan DAP, maka tolak PR”. Oleh itu, PAS akan turut ditolak.

Strategi yang terbaik adalah seperti yang digunakan di Perak. DAP beritahu orang bukan Islam PAS adalah rakan yang baik dan bukan ekstrimis, PAS pula beritahu orang Islam yang DAP bukan anti Islam dan tidak chauvanis. Dan itulah keadaan yang sebenarnya! Label ekstrimis agama yang dilemparkan terhadap PAS adalah dakyah jahat UMNO sepertimana juga label ‘anti-Islam’ terhadap DAP. Ianya hanya tuduhan-tuduhan yang bertujuan untuk melagakan PAS dan DAP.

Melalui strategi mudah ala-Perak, orang bukan Islam akan tidak takut pada PAS dan mereka sokong PR. Orang Islam tidak takut lagi dengan DAP dan mereka mula sokong PR. Memang UMNO memberitahu orang Melayu PAS dikudakan oleh DAP. Tetapi mereka juga beritahu orang Cina DAP dikudakan oleh PAS! Apalah yang nak dengar cakap orang UMNO sangat ni?

4.Isu Loke
Ada yang marah kata saya bela Loke. “Baik sangat pada DAP”, kata mereka. Eh, setahu saya, saya hanya membenarkan penjelasan Loke disiarkan di blog saya. Terpulanglah kepada pembaca untuk membuat kesimpulan mereka sendiri. Adakah adil sekiranya kita tidak mendengar penjelasan pihak yang tertuduh? Atau memberi peluang supaya pembelaan dirinya didengari? Itu macam ISA aje...?

Saya sendiri sebenarnya tidak bersetuju secara dasarnya dengan tindakan Dr. Ridhuan Tee Abdullah yang telah mempertikaikan peribadi mendiang Teoh Beng Hock. Beliau sudah mati. Beliau mangsa kezaliman. Di tangan orang Islam. Di bawah kerajaan yang mendakwa ianya Islam.

Sebagai orang Islam, demi menjaga nama baik Islam, kita patut menuntut keadilan untuk beliau. Bukan mengalihkan pandangan masyarakat kepada persoalan lain. Walaupun terdapat isu sampingan yang boleh kita bincangkan. Saya merasakan tulisan Dr. Ridhuan begitu tidak prihatin kepada perasaan keluarga mendiang. Kalau ini mahu dinamakan dakwah, entah mana beliau dapat kaedah ini.

Sebagai contoh mudah, jika kita mengambil pendekatan mengalihkan isu utama yang dibincangkan kepada satu isu yang lain, dahulu apabila mendiang Lim Goh Tong meninggal, tiada pula Dr. Ridhuan bersuara. Adakah beliau redha dengan empire perjudian Lim Goh Tong dan kesan judi terhadap generasi muda? Tidakkah beliau khuatir kejayaan yang tercapai hasil empire sebegini akan menjadi contoh ikutan dan apa yang berlaku terhadap masyarakat?

Mendiang Lim mendapat pengkebumian taraf negarawan. PM pada masa itu turut hadir dalam majlis pengkebumian beliau. Terdapat siaran langsung lagi. Tiada pula Mufti mana-mana negeri bersuara. Tunduklah, hormatlah dan sebagainya. Mentang-mentanglah dia kaya, Beng Hock tidak. Mentang-mentang dia BN, Beng Hock bukan.

Kalau teringin mempertikaikan keperibadian orang sekalipun, kenapa pilih yang telah mati? Tu hah, Soi Lek tu ada. Pertikailah dia. Hah. Baru-baru ini Najib ke Batu Caves. Yob, sila beritahu Mufti kerajaan Lanun tu Yob. Mungkin dia tak perasan. Ingin dengar juga fatwa dia.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....