Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 10 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Pengkhianat Melayu,mainan politik UMNO



SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) percaya isu 'pengkhianat Melayu' yang dimainkan pimpinan UMNO bertujuan sebagai persediaan Pilihan Raya Umum (PRU) yang dijangka diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan tersebut juga sebagai persediaan awal bagi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

"AMK memandang serius akan trend media-media arus perdana yang begitu serius memainkan isu ‘pengkhianat Melayu’ mutakhir ini.

"Pandangan dan komentar pimpinan-pimpinan UMNO jelas bertujuan memberikan impak negatif ke atas imej Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat (PR) secara umumnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas tentang Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak akan memohon maaf atau menarik balik kenyataannya ke atas Anwar walaupun pemimpin pembangkang itu bakal mengambil tindakan saman RM100 juta ke atasnya dan akhbar Utusan Malaysia.

Ia berikutan tindakan Timbalan Perdana Menteri itu yang menggelar Anwar sebagai pengkhianat perjuangan Melayu ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading, Ahad lalu.

Shamsul Iskandar berkata, polemik pengkhianat Melayu ini berterusan dimainkan dengan restu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang jelas menggambarkan ketandusan idea kepimpinan beliau untuk berhadapan dengan PR secara terbuka.

Katanya, AMK percaya ini berlaku rentetan beberapa isu mutakhir yang gagal didepani dengan baik oleh kepimpinan Najib, antaranya skandal penyelewengan PKFZ, isu kematian Teoh Beng Hock dalam siasatan SPRM dan ditambah dengan sambutan luar biasa ke atas Perhimpunan Aman GMI-Mansuh ISA yang diadakan pada 1 Ogos lepas.

"Label 'pengkhianat' berterusan dicop ke atas Datuk Seri Anwar sebagai kaedah pembunuhan karakter ke atas imej YB Datuk Seri Anwar, sebagaimana yang dilakukan ke atas imej Nik Aziz sempena pilihan raya kecil DUN Manek Urai.

"Kaedah serangan karakter yang agresif ini pastinya memberikan modal politik yang positif kepada Pakatan Rakyat," katanya.

Katanya, untuk rekod, serangan bertalu-talu terhadap Anwar pernah dimainkan beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lalu dan ia telah memberikan kemenangan besar kepada PR. Sinarharian

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....