Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 12 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Dr Hasan Ali rela di kenakan tindakan

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, beliau tidak akan tunduk terhadap desakan supaya dikenakan tindakan disiplin oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat berikutan pendirian yang diambil PAS negeri berhubung isu arak.

Katanya, beliau sanggup dikenakan apa jua tindakan malah dilucutkan jawatan sebagai Exco negeri Selangor disebabkan langkah dan tindakan yang diperjuangkan dalam isu itu.

"Saya tidak akan tunduk sama sekali atas segala ugutan seperti ini bahkan beriltizam untuk menegakkan prinsip perjuangan parti demi kebaikan rakyat Selangor khasnya dan rakyat Malaysia amnya.

"Saya tidak akan dilemahkan dengan ugutan sedemikian bahkan demi mempertahankan prinsip perjuangan, undang-undang Islam serta peraturan-peraturan yang selari dengannya, saya sanggup dikenakan apa jua tindakan oleh pucuk pimpinan, hatta dilucutkan jawatan sekalipun sebagai Exco Selangor disebabkan langkah dan tindakan yang saya perjuangkan itu," katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menggesa supaya Pakatan mengenakan tindakan disiplin terhadap Dr Hasan berikutan tindakannya meminta agar exco negeri itu dari DAP, Ronnie Liu dilucutkan jawatannya kerana dikatakan campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan berhubung isu arak.

Liu selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri sebelum itu telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan minuman keras yang dirampas dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku, Seksyen 8, Shah Alam.

Mengulas lanjut, Dr Hasan berkata, beliau tidak mahu ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memainkan isu itu atas kepentingan politik.

"Adalah diingatkan permasalahan ini adalah melibatkan umat Islam sahaja.

"Apa juga tindakan yang diambil oleh PAS Selangor yang selari dengan peruntukan undang-undang yang ada hendaklah dilihat secara positif.

"Apatah lagi tindakan yang diambil bertepatan dengan hasrat Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk melihat agama Islam ini tidak tercemar dan sentiasa dimartabatkan," katanya sambil menegaskan, PAS Selangor berada pada landasan yang betul dalam memperjuangkan isu itu.

Berhubung sama ada isu tersebut menjejaskan hubungan antara parti-parti dalam Pakatan, Dr Hasan menafikannya sebaliknya berkata ia hanyalah satu gelombang yang mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan di Selangor.

"Kami pandai untuk membezakan antara polisi dan tindakan yang diambil di peringkat masing-masing dan mungkin itu faktor yang tidak menampakkan ada ketidakseragaman antara kami.

"Malah dalam mesyuarat Exco tadi kalau dapat lihat, bagaimana suasana ukhwah dan muhibah antara kami dan saya juga duduk di sebelah Ronnie," katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan kaedah kawal selia kendiri yang diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim baru-baru ini dalam penjualan arak di kedai-kedai serbaneka di sini, Dr Hasan berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam pelaksanaan kaedah itu.

"Kalau misalnya ada kelemahan, PAS sendiri ingin mengemukakan cadangan, mungkin peraturan kecil untuk memastikan apa yang dibuat itu lebih berkesan," katanya.

Katanya, beliau telah membuat pemantauan di kedai 7 Eleven Seksyen 8 yang sebelum ini menjadi 'hot spot' penjualan arak dan mendapati kedai itu tidak lagi menjual minuman tersebut.mstaronline

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....