Ayuh...kita perlu tingkatkan usaha kita kerana maklumat yang kami perolehi (maklumat bocor dari Unit Risikan UMNO) menyaksikan PAS sedang ketinggalan 200 undi kepada Umno.
90% pengundi atas pagar telah berjaya dipujuk oleh Umno BN dengan wang dan projek serta janji kosong.
Pemuda Umno Malaysia sedang giat mengesan 1700 pengundi PAS yang berada di Lembah Kelang dan luar Manek Urai untuk dibawa balik ke Manek Urai atau dilencongkan ke tempat lain supaya mereka tidak boleh mengundi.
Risalah memburuk-burukkan calon PAS dan juga bekas ADUN Manek Urai (Arwah Pok Su Weil) akan diedar secara besar-besaran, khususnya mengenai kononnya kes balak.
UMNO juga sedang didakwa sedang memujuk 2 orang Adun mereka yang didakwa akan mengisytiharkan untuk keluar Umno dan masuk PAS petang ini.
Status Kesahihan: 90%
Sumber Berita: Hasil Risikan
Kita perlu kerja kuat. Pastikan pengundi2 kita tidak lari dari kita, dan kuatkan usaha untuk merampas kembali pengundi atas pagar.
Sumber: Pemuda Kemehe
Sumber: Pemuda Kemehe
1 ulasan:
Salam... Maklumat tersebut kami perolehi dari org dalam Umno. Unit Risikan mereka. Kebetulan ada pertalian keluarga dgn salah seorang ahli kami.
Tapi mengikut maklumat seterusnya, 200 undi tersebut adalah jumlah setelah dicampur dengan undi pos yang mereka perolehi.
Kita kena ingat, terdapat 1,500 - 1,700 orang pengundi lagi di Lembah Klang yang belum pulang yang mana 98% daripada mereka adalah pengundi dan penyokong PAS>
Catat Ulasan