Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Julai 2009

Kelantan Cuti Umum Esok-YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihanraya kecil DUN Manek Urai.
Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja, lapor Bernama.

"Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab 'cuti peristiwa'.

"Dalam semangat prodemokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian," Nik Aziz dipetik berkata.

Pilihanraya kecil kerusi DUN itu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Tuan Aziz Tuan Mat, 39, dan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, 50.

Ia diadakan susulan kematian ADUN PAS Ismail Yaakob pada 22 Mei
lepas.

Bercakap di sidang akhbar di pejabatnya di Kota Bharu hari ini, Nik Abdul Aziz berkata cuti semasa pilihan raya kecil bukanlah perkara baru, malah pernah dilaksanakan kerajaan Pulau Pinang semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ogos lalu.

"Saya tidak tahu mengapa Suruhanjaya Pilihan Raya mengadakan hari mengundi pada hari bekerja, sepatutnya (diadakan pada) hari cuti mingguan dan cuti sekolah," katanya seperti dilaporkan.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau seterusnya menasihatkan pengundi kawasan DUN Manek Urai supaya beramai-ramai keluar mengundi dan menunaikan tanggungjawab itu "sebagai satu
ibadah".

Tambahnya, beliau bersyukur orang ramai kini semakin matang berpolitik apabila tidak berlaku sebarang kejadian tidak ingini sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut sehingga ini.
Sumber:Malaysiakini

Tak tahulah ambo apa nak jadi dengan negara kita.Tiap kali ada pilihanraya kecil SPR yang menjadi barua dan talian hayat UMNO,sering menetapkan hari mengundi pada hari bekerja.Pada PRK P.Pauh yang lalu pun kerajaan P.Pinang juga terpaksa mengistiharkan cuti umum pada hari pengundian akibat dari mainan SPR ini.Apakah dengan berbuat demikian UMNO akan memenangi setiap PRK yang diadakan? Andaian ini meleset sama sekali.PRK yang diadakan selepas PRU ke 12 jelas menunjukkan UMNO BN kalah di semua kerusi yang di tandingi kecuali Batang Ai di Sarawak.
Nampaknya kerajaan Kelantan begitu demokratik dan prihatin dengan nasib rakyat yang terlibat dengan pengundian.Adakah ahli Pas Kelantan sahaja yang dapat cuti esok? Tidak,bahkan seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira fahaman politik dan latarbelakang akan mendapat durian runtuh hasil dari keperihatinan TOK GURU KITO.Mereka yang tidak terlibat dengan pengundian sekurangnya boleh bersantai bersama keluarga.
Bagaimana dengan kerajaan UMNO BN,yang dikatakan hebat, prihatin terhadap nasib rakyat, apakah dengan mengadakan hari mengundi pada hari bekerja menunjukkan mereka kerajaan yang prihatin,tepuk dada tanya selera.Kepada Muhyiddin selesaikan dulu masaalah longkang di Pasir Mas dan pengubahsuaian jambatan Sultan Yahya sebelum "mung nok usong ghetok kmanik Urai", Guano Anok Hiem tok kaba lagi ko.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....