Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 15 September 2013

Tok Guru Nik Aziz setuju dikaji kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.

Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

Bagi Nik Aziz (gambar), kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat.

"Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam.

"Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini," katanya lagi.

Ekoran itu beliau menggesa PAS untuk segera membuat perubahan terutama dalam memahami selok belok suasana politik agar parti yang bertunjangkan gerakan Islam akan terus kekal relevan di pentas politik negara.

"Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Nik Aziz turut mengulas mengenai pandangan dibangkitkan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika di Johannesburg, Afrika Selatan apabila dinegara itu zakat diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam.

Sabtu, 24 Ogos 2013

Lajim Ukin Dilantik Pengerusi PKR Sabah

  Datuk Lajim Ukin

KOTA KINABALU: Pemimpin pembangkang Sabah, Datuk Lajim Ukin dilantik sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah bagi menggantikan Ahmad Thamrin Jaini, kata Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Majlis Pimpinan Tertinggi PKR telah menyokong pelantikan Laji.Beliau yang juga Adun Klias dipilih untuk menerajui kepimpinan parti di Sabah selepas PKR memenangi tujuh kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.

"Saya akan bercakap dengan pemimpin PKR Sabah mengenai pelantikan Lajim," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka PKR Sabah di sini pada Sabtu.

Thamrin, yang turut hadir pada majlis berkenaan, menyatakan kepada pemberita bahawa beliau menyokong penuh keputusan melantik Lajim sebagai Pengerusi PKR negeri.Mstar

Syiah: Ahli Pas perlu keluar parti


Teguran tersebut dinyatakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut menegaskan Pas sejak dari dahulu hingga sekarang masih lagi berpendirian menolak ajaran fahaman tersebut.

“Mana-mana ahli Pas yang terlibat dengan Syiah, haruslah keluar daripada Pas sebab kita tidak terima selain daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jemaah.

KOTA BHARU – Pas Kelantan menggesa mana-mana ahli yang terlibat atau menjadi pengikut ajaran dan fahaman Syiah perlu segera keluar dari parti tersebut.
Syiah sudah lama wujud di Malaysia namun kenapa baru sekarang ia diperkatakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kononnya ia semakin membimbangkan.

“Sebelum ini Syiah dibiarkan bergerak bebas tanpa sebarang tindakan atau dakwaan, tapi sekarang baru timbul.

"Jadi kita bimbang kalau ada agenda politik lain apabila isu itu kini mula ditimbulkan kembali dan mungkin boleh jadi sengaja nak mengaitkan Pas dalam hal ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai status keahlian Pas yang menyertai Syiah, Mohd Amar berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima apa-apa laporan tentang hal tersebut.SH

Jumaat, 23 Ogos 2013

Azilah Dan Sirul Secara Rasmi Keluar Penjara

 Saudara mara Koperal Sirul menanti di luar Mahkamah Rayuan Puterajaya pagi tadi.Gambar ~ The Malaysian Insider

Anggota polis Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar meninggalkan penjara masing-masing hari ini selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar mengesahkan Azilah meninggalkan Penjara Kajang pada jam 11.45 pagi selepas selesai proses dokumentasi.Koperal Sirul Azhar pula dibebaskan dari Penjara Tapah

"Azilah balik dari Mahkamah Rayuan Putrajaya untuk beberapa proses dokumentasi serta mengambil barang kepunyaannya sebelum meninggalkan penjara bersama keluarganya," kata Zulkifli ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada sebelah pagi, melepaskan dan membebaskan Azilah dan Sirul Azhar daripada tuduhan membunuh Altantuya tujuh tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar terhadap sabitan dan hukuman. - Bernama, 23 Ogos, 2013

Keadaan kesihatan Tok Guru Nik Aziz makin pulih

KOTA BHARU: Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini semakin pulih dan dijangka keluar wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Ahad ini.

Malah beliau melayan tetamu yang datang melawatnya dan bertanya khabar mengenai pergolakan yang berlaku di Mesir sekarang. Tengah hari tadi beliau dikunjungi Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Zulkifli Mamat.

“Tok Guru pun berhajat hendak pergi menunaikan solat Jumaat tadi memandangkan keadaan kesihatannya semakin baik sekarang, namun doktor menasihatkan lebih banyak berehat.

“Esok juga beliau ada jemputan daripada kerajaan Selangor namun memohon maaf tidak sempat hadir kerana keadaan kesihatan belum pulih sepenuhnya,” kata pegawai khasnya, Wan Zulkefli Wan Muhammad.

Mantan menteri besar itu dimasukkan ke wad pada Ahad lepas selepas menghadapi masalah berkaitan perutnya.

Penyakit itu sudah lama dialami dan sering kali mendapat rawatan. Bagaimanapun ia tidak ada kaitan masalah jantung.

Wan Zulkefli berkata,  disebabkan doktor mahu melihat kesesuaian ubat baru menyebabkan Tok Guru Nik Aziz ditahan di wad lebih lama berbanding sebelum ini.

“Beliau juga kelihatan bertenaga sekarang boleh berjalan di sekitar wadnya. Tok Guru nampak bersemangat bercakap mengenai konflik yang berlaku di Mesir sekarang,” ujarnya di sini.

Sejak dirawat di HUSM Ahad lalu beliau dikunjungi pelbagai pihak termasuk Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco  kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....