Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 19 Januari 2013

Video : Fenomena listen! di Maharaja Lawak Mega




Fenomena listen! listen! listen! bukan sahaja tamat di alam internet bahkan juga merebak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2012.

Ia digunakan oleh Afdlin Shauki dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega semalam dalam persembahan pertama beliau bersama kumpulan Boboi.

Tahun lepas, Afdlin memperagakan watak yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan gaya poco-poconya.

Namun sebagaimana tahun lepas, Boboi tidak juga menang tahun ini.

Bekas Ketua Daerah Kinabatangan dan 360 yang lain sertai PAS


KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.

Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.

Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.Hrkh

Video : Sumpah Rosmah Mansor

Rosmah mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut. – Gambar fail


Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

Akan tetapi, isteri kepada perdana menteri itu mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut dalam majlis ucapan makan malam untuk veteran tentera di Kementerian Pertahanan disini malam tadi.

“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya.

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya meliahat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di laman Youtube oleh portal berita KLPos.

Rosmah tidak memberitahu secara spesifik cincin mana yang beliau maksudkan akan tetapi dipercayai beliau merujuj kepada bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau menerima maklumat cincin beharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Rosmah adalah penerimanya.

Jumaat, 18 Januari 2013

Rupanya ini punca Bawani soal Sharifah Zohra

 Gambar dari rakaman video menunjukkan Bawani (kiri) berdiri mempersoalkan pembentangan oleh Sharifah Zohra. – Gambar diambil dari Youtube

KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.

“Gambar yang mereka paparkan dalam forum tersebut adalah tidak munasabah,” kata Bawani dalam satu sidang media hari ini.

“Ianya tidak langsung berkaitan dengan forum yang bertajuk ‘Seiringkah mahasiswa dan politik?’. Oleh sebab saya tidak berpuas hati, saya bangkit dan memberikan hujah sebelum Sharifah Zohra kemudiannya menarik mikrofon saya.”

Bawani juga berkata tidak berpuas hati dengan penganjur forum tersebut yang hanya membenarkan dua soalan diambil daripada mahasiswa untuk dijawab, serta mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana mahasiswa terpaksa berikrar selepas tamat forum.

“Sepanjang saya menghadiri forum, inilah kali pertama saya melihat orang ramai diarah mengangkat ikrar.

“Oleh yang sedemikian, saya berpendapat forum tersebut bukan bagi mendengar suara mahasiwa tetapi sebaliknya adalah untuk membodohkan mahasiswa,” kata beliau lagi.

Apabila ditanya sama ada bimbang atas tindakan yang diambilnya semasa dalam forum tersebut, Bawani berkata beliau tidak melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang.

Himpunan #KL112 : Polis Ambil Keterangan Mat Sabu

 Himpunan #KL112

SHAH ALAM - Polis mengambil keterangan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu hari ini berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu.

Mohammad diambil keterangan di sebuah restoran di di sini, kira-kira jam 9 pagi.

"Ini merupakan prosedur biasa buat polis. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangannya diambil selama 15 minit oleh dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketika ditanya mengapa keterangan itu diambil di restoran berkenaan, Mohammad menjelaskan, beliau mempunyai tugas penting di sini.

"Saya yang meminta pegawai tersebut datang ke sini," katanya.SH

Mesti Lihat !! Tarikh Dun Dun Dan Parlimen Terbubar Secara Automatik


21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....