Menteri
Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat kesemua Exco PKR dan DAP
berkuatkuasa hari ini melalui surat kepada 6 Exco terbabit
Menteri
Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang bermasalah selama ini memecat kesemua
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) PKR dan DAP.
Lima
daripada exco yang terlibat menerima surat pemecatan mereka sementara Exco PKR
Rodziah Ismail berada di luar negara.
Tindakan
Khalid ini meninggalkan beliau dengan empat Exco PAS dalam kerajaan negeri
Selangor.Tidak
diketahui sama ada kepimpinan PAS sedar mengenai pemecatan ini serta pendapat
mereka tentang isu ini.
PAS
menegaskan keputusannya tentang menggantikan Khalid sebagai menteri besar
Selangor hanya akan dibuat pada 17 Ogos.
Kepimpinan
PKR dan DAP akan mengadakan mesyuarat tergempar malam ini dan dijangka akan
menyatakan pendirian mereka selepas mesyuarat.TMI
1 ulasan:
tabik!
wlu ggp tapi mantap!
Catat Ulasan