Sasterawan Negara Datuk A Samad Said
Exco Selangor,
Rodziah Ismail mengakui kesilapan gagal melunaskan bayaran lukisan yang
dibeli daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berjumlah
RM16,000.
Sehubungan itu, Jabatan Muzium Selangor di bawah Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) diarahkan segera menyelesaikannya jumlah bayaran tersebut.
"Lukisan tak dibayar tanpa pengetahuan saya," akui Rodziah kepada
pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
Menurut Rodziah, berlaku salah faham apabila kerajaan negeri hanya
membayar RM10,000 ke atas pengiktirafan Samad yang juga dikenali Pak
Samad sebagai tokoh Sasterawan Selangor sahaja.
Katanya ianya tidak menyentuh mengenai sebarang urusan jual beli lukisan berjumlah RM16,000."Ada benarnya, maknanya bayaran (RM16,000) tertangguh masih belum
diselesaikan," katanya yang mengakui perkara itu turut dibangkitkan
dalam mesyuarat Exco hari ini.
Beliau berkata perkara itu kini dianggap selesai selepas diserahkan kepada Dr Ahmad Yunus Hairi yang memegang portfolio Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu untuk tindakan selanjutnya.
Pak Samad hari ini mendakwa seorang Exco Selangor sehingga kini tidak
membayar dua lukisan yang dijualnya bernilai RM8,000 sebuah.
Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pak Samad bagaimanapun semasa majlis pelancaran novel “Sungai Mengalir Lesu” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tidak mendedahkan nama Exco berkenaan.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan