Meskipun Malaysia dan Australia memberi jaminan pencarian akan
diteruskan terhadap pesawat Malaysia Airlines MH370, kurangnya petunjuk
membuatkan ramai tertanya-tanya: Bagaimana jika pesawat Boeing 777-200ER
itu tidak ditemui?
Semasa permulaan misi carian antarabangsa itu, persoalan sedemikian
tidak terlintas oleh penyiasat dan orang ramai, namun semakin lama, ia
bakal menjadi kenyataan yang pahit.
CNN melihat apa akan berlaku sekiranya pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang tanpa dapat dikesan.
1. Ia akan lenyap dan menjadi misteri dunia.
Kehilangan pesawat mungkin akan setara dengan misteri kehilangan Amelia
Earhart. Juruterbang wanita yang hilang ketika cubaan pertama
mengelilingi dunia menaiki pesawat Equator pada Jun 1937 menimbulkan
pertanyaan.
Misi carian gagal mengesan sebarang jejak, pemandu arah Frederick
Noonan mahupun pesawatnya. Sesetengahnya percaya mereka kehabisan minyak
dan terhempas di laut – teori sama yang berlaku kepada pesawat Malaysia
Airlines, kata CNN.
Kemudian, adanya Segitiga Bermuda.Banyak kapal laut, pesawat dan orang hilang di kawasan pertemuan Lautan
Atlantik, "segitiga" dari Bermuda, Miami dan San Juan, Puerto Rico.
Pegawai AS melaporkan puting beliung, ribut petir secara tiba-tiba,
arus Teluk dan perairan Caribbean yang cetek bukti munasabah kehilangan
kapal.
Namun sehingga kini tiada penjelasan kehilangan pesawat MH370, kata CNN.Misteri tidak semuanya kekal misteri.
Dua tahun pasukan pencari menemui kotak hitam pesawat Air France 447,
yang terhempas di Lautan Atlantik pada 1 Jun 2009 ketika dalam
perjalanan ke Paris dari Rio dengan 228 penumpang.
Meskipun lokasinya diketahui, sukar untuk mencari pesawat itu.Tiada GPS mahupun carta lautan ketika 1912 ketika RMS Titanic karam di
Utara Atlantik. Hanya pada 1985 kapal pelayaran mewah British itu
ditemui.
Tempoh 73 tahun itu suatu tempoh yang lama, namun sesetengah jawapan memerlukan masa, kata CNN.
2. Keluarga tidak didedahkan berkenaan tragedi
Wajah-wajah muram keluarga menaiki pesawat MH370 menjawab segalanya."Semakin lama peluang anak saya dan penumpang lain untuk ditemui semakin kecil," kata waris penumpang warganegara China.
"Untuk mengetahui orang itu hidup kita perlu melihat mereka. Untuk tahu
orang itu mati kita nampak mayatnya. Itu sahaja," kata Wen.
Emosi keluarga berkecamuk. Percanggahan maklumat dan kelewatan pegawai Malaysia menimbulkan kemarahan.
Semakin sebak apabila tiada mayat untuk dikebumikan. Bagaimana mahu melepaskan tanpa mengucapkan selamat tinggal?
Harapan masih membara di jiwa Prahlad Shirsath, suami kepada isterinya yang menaiki pesawat itu."Jauh di lubuk hati saya merasakan dia akan kembali," katanya kepada CNN."Dia akan pulang kerana tiada sebab untuk putus harapan," katanya.
3. Penemuan palsu yang memusnahkan harapan
Setiap beberapa bulan atau tahun, akan timbul teori kehilangan pesawat –
atau menemui apa yang mereka percaya sebagai cebisan pesawat.Ibu bapa Madeleine McCann mengetahui perkara ini, kata CNN.
Ketika berusia 3 tahun dia hilang pada 2007 ketika percutian keluarga
di resort Portugis di bandar Praia da Luz. Kehilangannya menjadi
perhatian luas media seluruh dunia dan kekal misteri selama 7 tahun.
Sejak itu juga timbul kisah kelibat McCann selepas diculik. Mereka menerima pelbagai janji. Namun Madeline masih tidak ditemui.
4. Pembayaran insurans besar-besaran
Masih belum diketahui jumlah pembayaran insurans yang akan dibayar
Malaysia Airlines kepada waris penumpang, namun sudah pasti ia jumlah
yang besar, kata CNN.
Sebahagian peguam yang berpengalaman menguruskan perkara seperti ini
berkata jumlah setiap penumpang berkemungkinan US$400,000 (sekitar RM1.3
juta) hingga US$10 juta (RM33 juta).
Jumlah insurans yang diambil syarikat adalah antara US$2.5 bilion dan
US$2.5 bilion setiap pesawat, kata CNN memetik Firma Dan Rose of
Kreindler & Kreindler.Jumlahnya sekitar US$10 juta setiap penumpang. Dengan 239 penumpang, ia lebih besar.
Di bawah amalan antarabangsa dikenali sebagai Konvensyen Montreal,
syarikat penerbangan perlu membayar keluarga penumpang sejumlah pampasan
US$150,000 hingga US$175,000, namun itu hanya permulaan.
Keluarga mangsa boleh membuat tuntutan.Pembuat pesawat Boeing, juga bakal menjadi sasaran.Namun, sehingga pesawat itu ditemui, keluarga tidak mempunyai banyak kes. Melainkan kematian tanpa mayat.
5. Akan berlaku perubahan polisi
Setiap nahas menyebabkan berlakunya perubahan polisi. Namun bila tidak diketahui puncanya, ia semakin sukar.
Penguatkuasa AS meluluskan 90 hari 'ping' isyarat disertakan dengan
perakam data, jadi pasukan pencari mempunyai peluang lebih besar untuk
menemui pesawat.
Beacon pengesan seharusnya memindahkan data 90 hari untuk memudahkan misi mencari pesawat di dalam air.
Pesawat MH370 mempunyai ketahanan bateri selama 30 hari. Isyaratnya
semakin lemah ketika alat pengesan dilepaskan untuk mengesan kotak
hitam.Tambahan 60 hari mungkin akan membantu.
Menjelang 2015, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menetapkan
kesemua pesawat baru mempunyai keupayaan 90 hari. Menjelang 2020, setiap
pesawat akan memilikinya, kata FAA.
Malaysia sudah menghantar laporan awal pesawat MH370 kepada Badan
Penerbangan Awam Antarabangsa, sebuah badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) untuk penerbangan. Namun belum didedahkan kepada umum.
Namun, terdapat begitu banyak persoalan.Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk mengesan pesawat? Mampukah
pesawat diikuti dengan satelit untuk mengesan pergerakan yang tidak
boleh dimatikan?
Setiap telefon mempunyai GPS, mampukah kita menemui pesawat bernilai jutaan ringgit?Agensi penerbangan PBB berkata kepada CNN, Malaysia berkata dunia
industri penerbangan perlu melihat pengesan secara langsung pesawat.
Ia cadangan sama dikeluarkan selepas kejadian nahas Air France. Namun "tiada yang berubah".Buat masa ini, harapan semakin menipis bagi menjumpai pesawat dan merungkai misterinya.TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan