Bomoh Ibrahim Mat Zin, pada Rabu, mengadakan sesi kedua upacara ritual
dalam usaha untuk membantu mengesan kapal terbang Malaysia Airlines
MH370 yang hilang.
Ibrahim, yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
dengan gelaran Datuk Mahaguru menjalankan acara ritual di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
Dia diiringi oleh beberapa pembantu dan menggunakan air Zam- Zam, dua biji kelapa, tongkat dan karpet ajaib.Sesi yang telah diadakan di Anjung Tinjau KLIA menarik perhatian ramai orang.
Apabila manusia dalam kesusahan, kita akan diuji untuk mencari pelbagai jalan keluar. Namun, teruslah bersabar dan berikhtiyar dengan yang sahih & halal sahaja.
Ikhtiyar boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja di rumah tanpa liputan media & tanpa perlu diangkat menjadi 'hero'. Nasihat kepada ahli keluarga MH370, banyakkan BERSEDEQAH diselangselikan dengan berdoa. KAMI turut berdoa. Insha Allah.
JAUHI ajaran syirik dan ramalan khurafat dari sebarang BOMOH. Amalan bomoh tiada kaitan dengan Islam walau kononnya membaca lafaz-lafaz dari ajaran Islam, ia bercampur baur dengan praktis khurafat.
- Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman
4 ulasan:
Apa yang syiriknya?
Dia melagakan kelapa dua biji... mendayung sampan, kutip sampah.. pakai bakul... belakang ada nyor dua biji..
Itukan suatu usaha.. disamping usaha2 lain..
Kecualilah di menyerahkan kelapa kpd sesuatu selain drp Allah..
Apa la hang ni bodoh sangat.. cara islam minta tolong dari Allah buat solat hajat, buat tahlil, baca Yasin.. mana dalam kitab Al-Quran ada ajar cara plik2 mcm ni? Tunjuk sat. Biol punya pala otak
Patut la UMNO maseh ada.... Dan patutla bangsa Melayu paling miskin.....kumpulan bangang macam ni ramai lagi.....(dr.g)
Saya selaku rakyat Malaysia terasa malu ditonton oleh seluruh dunia... apakah ini cara orang Malaysia terutama Melayu mencari sesuatu yang hilang??? P.Ramlee bikin filem buat macam tu cuma sebagai aksi kelakar untuk sekadar hiburan... tapi ada jugak yang tiru!!! malu, malu, malu, malu... Harap JAKIM dapat siasat siapa yang panggil tok bomoh tu hingga begitu bebas sekali melakukan upacara tersebut di anjung tinjau KLIA.... bukankah tempat itu di kawal oleh pegawai keselamatan??? Mesti ada seseorang yang berpengaruh di belakangnya hingga beliau begitu bebas melakukan upacara itu!!!
Catat Ulasan