Polis memulakan siasatan terhadap calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil
(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
kerana gagal memberikan notis 10 hari sebelum berkempen awal di Kajang,
kata timbalan ketua polis Selangor.
Datuk Abdul Rahim Jaafar, berkata pihaknya tidak menerima sebarang
notis daripada Anwar berhubung kempen beliau di Kajang seperti yang
dikehendaki mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Katanya, tindakan Anwar boleh disiasat mengikut akta tersebut kerana
kempen rasmi PRK hanya boleh dilakukan selepas tarikh penamaan calon
pada 11 Mac.
Beliau berkata, tindakan berkempen lebih awal melanggar undang-undang
seperti yang termaktub dalam peruntukan yang harus dipatuhi semua pihak.
"Apa yang saya cakap adalah termaktub dalam undang-undang dan semua parti bertanding perlu mematuhinya, tiada yang terkecuali.
"Saya minta parti politik supaya mendapatkan permit polis mengikut Akta
Perhimpunan Aman 2012 sekiranya mengadakan perhimpunan atau ceramah,"
katanya dipetik daripada akhbar Berita Harian.
Anwar yang juga ketua pembangkang menganjurkan siri ceramah serta sesi
bertemu rakyat di Kajang untuk menjelaskan tindakannya bertanding di
situ.
Polis dilaporkan menerima laporan terhadap Anwar daripada penduduk
Kajang serta parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana dikatakan
melanggar undang-undang dengan berkempen lebih awal.
Menurut akhbar itu lagi, Pengerusi dan Badan Perhubungan Umno Selangor,
Datuk Seri Noh Omar, berkata tindakan Anwar yang melanggar
undang-undang itu merupakan musilhatnya untuk meraih sokongan daripada
pengundi.
Bagaimanapun, Anwar menafikan beliau melanggar undang-undang dengan
berkempen lebih awal dan menuduh dakwaan ke atasnya itu tidak berasas.
Beliau berkata, BN sudah melancarkan kempen agresif terhadapnya di
media yang dikawal mereka dan hanya akan bersetuju dengan dakwaan
tersebut sekiranya beliau didakwa oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Minggu lalu, SPR menetapkan tarikh 23 Mac untuk PRK Kajang dan 11 Mac untuk hari penamaan calon.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan oleh Lee Chin Cheh
sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang pada 27 Januari.
Kajang mempunyai pengundi berdaftar terdiri 48.5% Melayu (19,050
orang), 40.28% Cina (15,823), 10.29% India (4,040), 0.52% lain-lain
(203), 0.2% Bumiputera Sabah (78), 0.19% Bumiputera Sarawak (74) dan
0.03% Orang Asli (10 orang).
Pakatan Rakyat (PR) sudah menamakan Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh sebagai calon mereka.Sehingga kini, BN masih belum menamakan calon mereka.TMI
4 ulasan:
yang umngok be end dok kempen sepanjang masa tak pa tapi bila PR khasnya anuar berkempen hampa kalut.apa punya pemerintah.
geng2 lembu jantan dan betina akan buat kerja lembu sbb pemalas dan bodoh yg disuruh oleh tuan2 lanun melayu yg juga pura2 pandai tapi mereka lah penyamun buas????
apa punya polis? jangan jadi kartun.
Assalamualaikum,
Maaf, i nak tumpang beritahu & perlu beritahu manfaat penting bagi kita semua umat islam di negara ini.
Tolong klik & baca di sini->http://anjungrakyat.blogspot.com/2014/01/cinta-lanang-gabrul-final-conclusion.html
Klik dan baca cara bagaimana orang islam keluar dari sistem penghambaan dunia moden ini.
Catat Ulasan