KUALA LUMPUR: Pengumuman Kerajaan BN membekukan
kenaikan tol pada tahun ini tidak dapat menyelesaikan masalah
peningkatan kos sara hidup rakyat ketika ini, kata Ketua Penerangan PAS,
Datuk Mahfuz Omar.
Sebaliknya beliau berkata, rakyat pula yang harus menanggung kos RM400 juta yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pampasan.
"Dulu kerajaan kata tarif elektrik dinaikkan, subsidi minyak dan gula dikurangkan untuk buat projek yang lebih diperlukan tetapi sekarang daripada subsidi yang ditarik, semuanya untuk bayar kepada syarikat konsesi sebanyak RM400 juta.
"Tol yang paling besar bagi rakyat ialah BN," kata beliau sewaktu bercucap di Pelancaran Roadshow Kempen Jom Turun di Desa Pandan, dekat sini malam tadi.
Beliau juga berkata, dalam isu kenaikan harga barang, Kerajaan BN tidak dapat memahami masalah rakyat sebaliknya bertindak menyalahkan peniaga kerana didakwa sengaja menaikkan harga barang.
Tindakan pemimpin BN memantau harga barang di pasar-pasar adalah bermusim dan tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang.
"Menteri turun ke pasar-pasar tak selesai masalah kenaikan harga barang, yang pasti perbelanjaan dia turun melawat pasar kita yang tanggung.
"Menteri kata peniaga, orang tengah jahat (naikkan harga barang) nak bagi rakyat marah kepada pembangkang. Yang disalahkan pemborong, peniaga dia kata tak ada tolak ansur, tindakan akan diambil.
"1.6 juta peniaga kecil dikambing hitam oleh BN kerana isu kenaikan harga barang. Sedangkan punca kenaikan harga barang ialah kenaikan harga minyak," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Secara sinis beliau
berkata, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata harga
kangkung turun, namun tinjauan yang dibuat di pasar raya di Alor Setar
tidak menggambarkan keadaan tersebut.
"Harga kangkung di Alor
Setar RM4 sekilo, itu di Pasar Raya Giant milik Syed Mokhtar iaitu pasar
raya yang masuk dalam kempen yang dilancar Perdana Menteri iaitu kempen
turun harga barang besar-besaran tapi dalam pasar raya ini baru 3 hari
lepas harga kangkung RM4 dan di Tesco RM2.90," katanya lagi.
Justeru katanya, BN merupakan Juara Maharaja Lawak Malaysia kerana sering mempermainkan rakyat.
"Ramai
yang minat Bocey, Sepahtu, Jambu, Shiro dan Nabil tapi mereka lupa ada
satu lagi yang pasti lawak walaupun tak masuk final tapi dia pasti johan
Maharaja Lawak Malaysia iatu BN," katanya disambut ketawa hadirin.
Dalam
majlis tersebut juga turut dilancarkan kempen tolak harga barang naik
peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dinamakan Serik,
dipengerusikan oleh Yang Dipertua PAS Putrajaya, Kamaruzzaman Mohamed.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan