Selasa, 7 Mei 2013

Polis Siasat Utusan Kerana Menghasut


KUALA LUMPUR, 7 Mei — Polis sedang menyiasat Utusan Malaysia di atas dakwaan menghasut, beberapa jam selepas akhbar milik Umno itu membangkitkan kebencian dengan laporan muka hadapan yang menyalahkan masyarakat Cina di atas prestasi buruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013.

Polis juga menahan dua penulis blog, Papa Gomo dan King Jason untuk soalsiasat.“Satu laporan polis diterima berkenaan siaran Utusan Malaysia yang berbaur hasutan. Kes disiasat di bawah Sek 4(1)(c) Akta Hasutan 1948,” tulis polis dalam akaun Twitter mereka, @PDRMsia.

Di bawah undang-undang ini, sesiapa yang didapti bersalah akan didenda tidak lebih dari RM1,000 bagi kesalahan pertama atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan yang berulang, mereka yang didapati bersalah akan berhadapan dengan penjara maksimum tidak lebih dari lima tahun.

“PDRM tidak akan teragak2 utk memburu/menangkap mana2 pihak yg mencetuskan isu perkauman@ hasutan menerusi rangkaian media sosial , kata Ketua Polis Negara (KPN) dalam akaun Twitter rasmi polis.

Tan Sri Ismail Omar menambah, pilihan raya umum ke 13 yang dijalankan pada Ahad lalu “berjalan lancar tanpa insiden yang besar dan semua pihak menunjukkan kematangan melaksanakan demokrasi.”

Muka hadapan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan “Apa lagi Cina mahu? dalam langkah yang dilihat sebagai percubaan untuk mencorakkan keputusan Pilihan Raya 2013 sebagai undi Cina lawan undi Melayu.

Ahli politik dari kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) telah menyelar percubaan akhbar itu untuk menimbulkan ketegangan kaum.

Gambar : Terbaik !! Tok Guru Nik Aziz Bersama MB Dan Exco Baru Kelantan

Exco baru kerajaan negeri Kelantan bergambar dengan Tuan Guru Datuk Nik Aziz
Mumtaz Mat Nawi,Exco Kelantan dari kalangan muslimat yang baru dilantik