Selasa, 5 Mac 2013

Kronologi Pencerobohan Kumpulan Bersenjata Sulu Di Lahad Datu

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina di Lahad Datu:

12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjatayang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pastikumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabahsebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaanMalaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasanberkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husseinmengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknyapenyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalahterkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukansecara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaanuntuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yangbertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 
12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankanterhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus denganSultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan diLahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daudterkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuranantara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

[ Kemaskini ]Gambar : Perkembangan Terkini Serangan Tentera Keatas Penceroboh Di Lahad Datu

 Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat Tungku, Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
 Sebuah hilikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
 Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan itu dekat Lahad Datu. Foto BERNAMA

Gambar : Penduduk Angkat Mayat Penceroboh Sulu

 Kira-kira 30 penduduk Kampung Simunul mengambil inisiatif mengangkat tiga mayat penceroboh dari kampung itu untuk diserahkan kepada pihak berkuasa. Ketua kampung, Ramli Saraman berkata tindakan mengangkat mayat itu dilakukan bagi mengelak bau busuk berterusan yang terpaksa dihadapi para penduduk sejak semalam ~ Mstar




Artikel berkaitan DISINI