Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru, Dr Rani Othman (gambar), meraikan
'pembebasan' beliau daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor dengan
mengadakan kenduri kesyukuran, malam tadi.Beliau meraikan rakan dan penyokongnya dengan kambing dan ayam bakar di Markas PAS Bukit Kapar.
Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali."Saya tanya Dr Rani sebelum datang majlis apakah ini. Dr Rani jawab, majlis kesyukuran selepas berjaya dibebaskan daripada pesuruhjaya," kata Mustafa yang berucap di majlis itu.
Mustafa berkata, sebelum muktamar PAS ke-59, Dr Rani menghantar surat
kepada Presiden PAS untuk memohon agar beliau tidak dipilih lagi untuk
jawatan itu.
“Kepada saya pula Dr Rani berkata, sila berikan sebab kenapa saya perlu dikekalkan sebagai PJ,” katanya.Semalam Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Exco
kerajaan negeri Selangor, Iskandar Samad dilantik sebagai Pesuruhjaya
PAS Selangor.
Tindakan tidak memilih Dr Rani amat memeranjatkan kerana beliau
dikatakan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor paling berjaya berdasarkan
keputusan pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.
Di bawah pimpinannya, PAS Selangor berjaya mengecap kejayaan paling
cemerlang apabila PAS berjaya menambah tujuh kerusi DUN kepada 15 di
Selangor di samping mengekalkan jumlah kerusi Parlimen.
Sehubungan itu, berlaku sedikit kegelisahan di kalangan penyokong Dr Rani, apakah beliau dipecat.Pada majlis itu, Dr Rani berkata, sebaik saja dimaklumkan mengenai
pelantikannya, Iskandar menghubungi beliau bertanya, bolehkah beliau
menolak pelantikan itu, kerana Iskandar juga bukan mengejar jawatan itu.
Dr Rani berkata:"Mana boleh."Dalam ucapannya malam tadi, Dr Rani berkata, walaupun beliau sudah
bebas daripada memikul jawatan itu, perjuangan masih belum selesai."Kita kena fokus kepada usaha mahu ke Putrajaya. Musuh kita sekarang adalah Umno. Kita kena ingat itu," katanya.TMI
5 ulasan:
PAS Sgor berhati besar. Bukan mcm Penang...baru 1 kerusi dun dah minta mcm2
Alangkah baiknya jika sifat Dr.Rani ini dimiliki juga oleh PJ WP Hj.Mohd.Nor yg sudah lama sangat jadi PJ WP tapi tidak membawa sebarang perubahan mahu pun kejayaan dan pembaharuan kpd WP.Saban Pilihanraya asyik nak jadi calun.Dah 3 kali gaggal nasih nak hadi calun lagi.Terus jadi PJ WP sebab orang Ganu yg wala pd Presiden.
Vp dan ajk semua tu tunggul kayu ke?hebat benar la pres pas ni yerr..baik takyah undi vp ngan ajk tu kalau ikut pendpt kt atas tu
Apakah YB Khalid Samad itu tidak layak? Berdasarkan pengalaman peribadi saya dengan YB Iskandar serta prestasi dan keterampilan beliau, rasanya YB Khalid Samad jauh lebih layak. Mungkin jugak presiden dah buat istikharah dan itulah petunjuk dari Nya.. wallahua'lam.
Allahuakbar. Begitu besar jiwa pemimpin 'MELAYU' ni, tidak mementingkan jawatan tetapi perjuangan. Berbeza sekali dgn Hasan Jati (melayu juga) memang tampak ketara. Keikhlasan Dr. Rani yg terpapar itu terserlah serinya. Teruskan usaha memartabatkan islam di bumi Malaysia ini.
Catat Ulasan