Jutaan rakyat sanggup menggadai nyawa menuntut demokrasi dan menolak pemerintahan tentera
KAHERAH - Tindakan kerajaan sementara untuk membebaskan bekas Presiden
Hosni Mubarak yang telah dipenjarakan sejak setahun lalu ketika ribuan
rakyat dibunuh tentera dan polis seolah-olah dirancang.
Kemungkinan besar pembebasan itu dapat memberi ruang kepada pihak tentera untuk kembali berkuasa seperti yang mereka telah nikmati sepanjang pemerintahan pemimpin diktator itu 30 tahun lalu.
Di saat limpahan deras darah rakyat Mesir mengalir deras di Masjid Al-Fath, Ramsis dan Masjid Rabaa Al-Adawiyah serta ugutan penembak tepat di Masjid Al Qaed Ibrahim, Iskandariah, kerajaan sementara pimpinan Adly Mansor dan Ketua Tentera Abdel Fattah Al-Sisi pula mengambil keputusan membebaskan pemimpin itu dengan Mahkamah Agung menggugurkan tuduhan rasuah.
Hosni, 85, yang dibenci rakyat itu digulingkan dalam kebangkitan rakyat pada 2011 dan akan dibebaskan dari penjara Tora hari ini seperti laporan Al- Jazeera - 'Hosni dibebaskan dalam tempoh 48 jam'.
Peguamnya, Fareed el-Deeb berkata, pembebasan beliau dilakukan selepas pendakwa raya menggugurkan satu kes rasuah ke atas anak guamnya itu.

“Selepas lebih setahun, satu-satunya asas undang-undang menyebabkan beliau ditahan ialah berkait satu kes rasuah.
Apa yang perlu kami lakukan kini ialah prosedur mudah pentadbiran yang akan mengambil masa tidak lebih 48 jam.Beliau akan dibebaskan menjelang hujung minggu ini,” katanya.
Media Al Arabiyah pula melaporkan, tanpa mengesahkan bekas pemimpin
Mesir itu akan dibebaskan dari penjara, satu sumber kehakiman sebagai
memetik, Hosni akan beradadi penjara selama dua minggu lagi sebelum
pihak berkuasa kehakiman membuat keputusan terakhir berhubung kesnya.
“Dia masih menghadapi perbicaraan semula kes itu tetapi ini tidak bermakna dia perlu dikurung di penjara,” katanya.
Hosni bersama menteri dalam negerinya, didapati bersalah dan dihukum
penjara seumur hidup tahun lalu kerana gagal menghalang pembunuhan
penunjuk perasaan dalam pemberontakan menjatuhkannya.
Sepanjang perbicaraan, beliau dikenakan tuduhan rasuah termasuk pembabitannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan.
Selepas beliau tumbang dalam kebangkitan Arab Spring pada 11 Februari
2011, gelombang revolusi tersebut turut merebak ke seluruh dunia Arab.
Bagaimana nasib rakyat?
Banyak berita di Mesir menyatakan, pembebasan Hosni bakal mengundang revolusi rakyat yang lebih teruk.
Kebangkitan rakyat pada 2011 itu berlaku selama 18 hari sehingga meragut 800 nyawa.Kini, rakyat mahukan demokrasi, terpaksa menggadai nyawa sekali lagi selepas 31 bulan.
Keharmonian rakyat hanya dikecapi serta dirasai hanya setahun di bawah pimpinan Presiden Mohammed Mursi.
Dalam tempoh itu, banyak kejayaan dikecapi seperti membangunkan Terusan Suez untuk menjadi pasaran bebas dunia.
Beliau juga menaikkan gaji pesara 20 peratus dan manakala harga barang dipertahankan tidak naik.Beliau membina kilang Samsung terbesar di wilayah Bani Suwef, sehingga
harga barang elektronik menjadi murah, membuat kilang kereta sendiri
bagi mengelakkan mengimport.
Beliau membuat kilang senjata sendiri dan tidak perlu lagi mengimport
senjata dari Amerika Syarikat (AS) dan membuat kilang Innar sehingga
seluruh rakyat boleh merasai penggunaan barang elektronik dengan harga
berpatutan.
Jasa besar beliau yang ditakuti Barat adalah muncul sebagai penyokong perjuangan Palestin dan Syria.
Tetapi mengapa Mursi yang juga seorang Hafiz begitu dibenci sekumpulan rakyat (penyokong Tamarod) dan tentera kerajaan.
Hosni jadi Presiden?
Mungkinkah pembebasan Hosni melayakkan beliau menjadi Presiden semula?Tekaan itu mungkin amat ditakuti rakyat yang sebelum ini hidup
menderita selama 28 tahun kerana berada di bawah cengkaman Undang-Undang
Darurat.
Desas-desus mengatakan Hosni persiapkan anaknya Alaa sebagai pengganti presiden.Namun, beliau menafikannya. Alaa bersama adiknya Gamal masih ditahan kerana rasuah.
Akhbar Mesir menyifatkan jika situasi itu benar ia digambarkan seperti -
‘Seorang anggota polis adalah lebih berbahaya daripada seorang
penjenayah.Episod politik kotor di Mesir ini menjadi tumpuan dunia.
Ramai mahu mengetahui siapakah dalang di sebalik krisis ini dan apakah
perancangan seterusnya sekutu kuat kerajaan sementara Mesir seperti Arab
Saudi, Jordan, Kuwait dan Qatar dan mengapa AS, Israel, Perancis,Jerman
dan Britain yang hanya berpeluk tubuh.SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan