KUALA LUMPUR 15 APRIL: Depan lebih 10,000 rakyat Selangor, Datuk
Seri Anwar Ibrahim malam ini mengumumkan senarai calon KEADILAN bagi
kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Selangor .
Berucap di padang awam AU2 Keramat, Gombak di sini, Ketua Umum
KEADILAN itu bagaimanapun berkata, kerusi DUN Kota Damansara tidak
diumum berikutan rundingan dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masih
berlangsung dan dijangka diumum esok.
Calon Parlimen yang mempertahan jawatan ialah Mohamed Azmin Ali
(Gombak), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), R Sivarasa (Subang),
Hee Loy Sian (Petaling Jaya Selatan), Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan
William Leong (Selayang).
Muka baru pula ialah Dr Aziz Bari (Sabak Bernam), Manivanam
Govindasamy (Kapar), Wong Chen (Kelana Jaya), Rafizi Ramli (Pandan)
manakala bertanding semula, Khalid Jaafar (Hulu Selangor).
Calon
DUN Selangor yang mempertahan kerusi ialah Mohamed Azmin Ali (Bukit
Antarabangsa), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Suhaimi Shafiei (Seri
Muda), Dr Xavier Jayakumar (Seri Andalas), Rodziah Ismail (Batu Tiga),
Dr Yaakop Sapari (Kota Anggerik), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Haniza
Talha (Taman Medan), Amir Shaari (Batu Caves), Gan Pei Nei (Rawang) dan
Yahya Sahari (Permatang).
Muka baru ialah Borhan Aman Shah (Dengkil), Lee Chin Cheh (Kajang),
Dr Daroyah Alwi (Sementa), Hamidi A Hassan (Semenyih), Tengku Marziah
Tengku Sulaiman (Kuang), Ramachandran (Batang Kali) dan Dr Idris Ahmad
(Ijok).
Tan Sri Khalid Ibrahim pula berpindah dari DUN Ijok ke DUN Pelabuhan
Klang manakala Manickavasagam berpindah dari kerusi Parlimen Kapar ke
DUN Bukit Malawati.
Anwar turut berterima kasih kepada Loh Gwo Burne, bekas Ahli Parlimen
Kelana Jaya dan Lee Kim Sin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)
Kajang atas perkhidmatan mereka selama lima tahun.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan