Ustaz Zamri berucap pada majlis ceramah malam tadi
GUNUNG SEMANGGOL: Bekas penyampai dan penerbit
rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim.fm), Ustaz Zamri
Zainal Abidin mengisytiharkan menyertai PAS pada majlis ceramah sempena
Xpresi Ulama Muda Haraki di Maahad Ehya Asy Syarif di sini, malam tadi.
Petang semalam, seramai enam Imam Muda telah mengumumkan menyertai
PAS iaitu Mohd Fakhrurrazi Hussin (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda
berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan
(IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat
Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim (IM Ar Razi).
Penyertaan mereka diumumkan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali.
“Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut
menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam
sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama,” ulas satu
kenyataan semalam berhubung penyertaan Ustaz Zamri itu.
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib merasmikan majlis penutup Xpresi Ulama Muda Haraki pada petang semalam.
Ketika berucap pada majlis yang disertai kira-kira 1,000 ulama muda
haraki dari seluruh Negara itu semalam, Ketua Penerangan Dewan Ulamak
PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, umat Islam
seharusnya memberi kemenangan kepada Islam di dalam PRU13 untuk
merealisasikan pelaksanaan berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.Hrkh
Beliau yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama berkata, umat Islam yang mengharapkan kebangkitan Islam sekali gus menunjukkan kemenangan Islam yang tulen.Hrkh
3 ulasan:
Bila sebut bekas ni,faham2 je le pasti jenis orang yang kecewa.
Bukan kecewa. salah tu. Sanggup tinggal kemewahan kerana agama. Pengorbanan namanya. Jgn jadi dungu.
sy setuju sgt dengan awk yg kt atas tuh :) kita sggup berubah apa saja demi Islam , jgn terlalu memandang keduniaan . kelak kiamat , hilang dunia apa lg yg kita mahu kejarkan ? tepuk dada , tnya lah Iman .
Catat Ulasan