KUALA LUMPUR 21 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memfailkan
saman RM100 juta ke atas Papa Gomo berikutan gambar fitnah lucah disiar
blogger pro Umno itu yang menyerupai Ketua Umum KEADILAN.
Saman itu difailkan jam 10.30 pagi ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui peguam N Surendran.
Anwar menamakan Wan Muhammad Azri Wan Deris, pemilik blog Papa Gomo,
sebagai individu bertanggungjawab menyebar tuduhan liar yang mengaitkan
beliau dengan video seks palsu.
Penyebaran gambar fitnah itu diterbitkan blog tersebut pada 16 Mac lalu.Selasa lalu, Surendran menghantar surat tuntutan supaya Papa Gomo
menarik balik tuduhan berniat jahat, meminta maaf dalam tempoh 48 jam
mulai hari itu, dan membayar ganti rugi sebanyak RM100 juta.
Bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian, menyebabkan Anwar meneruskan saman.Fitnah terbaru itu disebar kira-kira seminggu selepas Azlan Md Lazim,
bapa kepada Saiful Bukhari membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya
konspirasi politik untuk memenjarakan Anwar.
Bagaimanapun, individu dalam gambar berkenaan kelihatan tegap dan
terlalu muda tanpa kedutan berbanding susuk lelaki berusia 65 tahun
seperti Anwar.
Ia mungkin cubaan blogger pro-Umno untuk membaiki kesilapan pada
rakaman video yang direka trio Datuk T, diketuai ahli perniagaan Datuk
Shazryl Eskay pada 2011 yang memapar individu berperut buncit.KD
1 ulasan:
Kalau kata datuk Eskay fitnah dan reka video tu pasal apa Nuar tak saman. Macam takuuuuut je... Macam tu jugak apa yang Umi Hafilda dan Zul Nordin cakap. Nuar tak berani dan elak-elak saja. Fikirla sama kalau ada otak.
Catat Ulasan