KOTA BHARU: Ribuan rakyat Kelantan pelbagai kaum
menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat dari Makkah tengah hari ini.
Ribuan lagi menyambut ketibaan Menteri Besar dari menunaikan ibadat
umrah itu di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Mereka berarak dengan
kereta dan motosikal ke dataran Stadium Sultan Mohamad IV.
Biarpun terik matahari namun orang semakin ramai d dataran stadium. Ada kaum Cina, India, Siam dan masyarakat Siam.
Pengarah program, Datuk Takiyudin Hassan berkata, himpunan diadakan
bagi menunjukkan kasih sayang kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Katanya, rakyat kelantan dari pelbagai tempat menunjukkan sokongan padu kpd menteri besar yang tidak berbelah bagi.
Pelbagai sepanduk dinaikkan antaranya Tok Guru Nik Aziz Kami Tunggu
Kepulanganmu, Tok Guru Nik Aziz Pejuang Islam Sejati dan lain-lain lagi.
Program dimulakan dengan tazkirah oleh Pegawai Urusetia Penerangan,
Ustaz Hamid Derani, kemudian wakil R, Abu Saamah, Wak Yik, Mansor Daud.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan