Kata empunya cerita, Utusan Melayu tidak dilahirkan di atas dulang
emas. Salah seorang pengasasnya Almarhum Yusuff Ishak menitis air mata
apabila ia dapat mencukupkan modal dari beberapa orang Melayu bagi
menerbitkan Utusan Melayu di Singapura tanggal 29 Mei 1939.
Ketika Utusan Melayu (jawi) edisi pertama terbit dan dipasarkan untuk orangramai, orang Melayu sujud syukur. Penyair Usman Awang pun menulis sajak memuji akhbar itu:
Utusan Melayu
Ketika Utusan Melayu (jawi) edisi pertama terbit dan dipasarkan untuk orangramai, orang Melayu sujud syukur. Penyair Usman Awang pun menulis sajak memuji akhbar itu:
Utusan Melayu
Ketika tanahair menjadi bisu
Engkaulah penyambung lidah bangsamu
Orang-orang yang takutkan kata merdeka
Engkau jeritkannya selantang suara
Kini 70 tahun berlalu, akhbar tertua itu mula dibenci bangsanya sendiri. Bukan salah ibu mengandung, tapi salah akhbar itu sendiri kerana mengikut telunjuk pihak tertentu dengan menepikan kehendak dan inspirasi umat Melayu yang lain.

Kredibiliti akhbar itu mutakhir ini jatuh merudum sehingga sebahagian
orang Melayu menggelarnya sebagai akhbar pencetus fitnah nombor satu
di Malaysia. Setiap berita dan laporan yang ditulis dan disiarkan tanpa
asas yang kukuh, malah sebahagiannya menjurus kepada fitnah yang
dirancang, mangsa fitnah kemudiannya membawa ke pengadilan dan mahkamah
menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar itu dan bayar ganti rugi.
Antaranya; menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menyokong pergerakan lesbian, guy, biseksual dan tran seksual (LBGT) – Anwar menang. Menuduh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohamad Nizar berhubung pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor sebagai penderhaka sultan, anti Sultan Johor dan cuba menghasut rakyat membenci Sultan- Nizar menang.

Menuduh Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh
menolak Islam sebagai agama rasmi negara- Karpal menang. Menuduh Ahli
Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memutarbelitkan ayat al-Quran untuk
mempertahankan pembinaan kuil – Khalid menang. Menuduh Ketua Menteri
Pualau Pinang, Lim Guan Eng anti Islam dan anti Melayu – Guang Eng
menang.
Saya bukan sekali-kali mahu bermusuh dengan Utusan
Melayu, kerana di akhbar itu juga pada tahun 1978 karya saya mula
disiarkan setiap hari sehingga ditamatkan tahun 2010. Sepanjang tempoh
itu kartun-kartun saya berkelana hampir di semua media yang diterbitkan
syarikat itu, seperti akhbar Utusan Melayu (Jawi), Utusan Malaysia,
Mingguan Malaysia dan beberapa majalah.
Bukan salah ibu mengandung, bukan salah Almarhum Yusuff Ishak, tapi salah Umno yang mengkudakan akhbar Melayu terunggul itu.Hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan