SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan
Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan
Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan
mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat
berhubung perkara itu.
“Jika
PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh,
kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,”
katanya dalam twitter.
Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco
hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN
serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun
lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang
masih belum selesai.
“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih
belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih
awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas
Khalid.
Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang
bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat
pada Pilihan Raya Umum 2008.
Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan
sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi
dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.
Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan
meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk
membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.
Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk
merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing
yang diarah mengundi BN.KD
1 ulasan:
MASYARAKAT belum lupa, sebelum ni khalid enggan membubar dewan negeri kerana nafsu pegang kuasa masih berkubar2, sekarang berahinya pegang kuasa dah pupus bersama- sama segala kegagalan mentadbir negeri selangor.
SEMUA janji PRU 12 dibakul sampah dan buat pekak segala tuntutan yang rakyaat desak, tambah bengong dan gagap bila plantif berjaya meneruskan saman dimahkamah dan diikuti saman-saman yang lain.
khalid tabur janji tapi tak ditepati,
rakyaat tuntut kebajikan, bukan NEGERI berkebajikan macam slogan ala-alam HAMPas.
APA nak tunggu hujung feb nak bubar, sewajarnya dah dibubar sejak 2 tahun lalu kerana MB NYA tak pandai mentadbir, cuma menang undi protes.
Catat Ulasan