Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut
terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah
beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.
“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan
Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas
penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.
Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.
“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.
“Yang
penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan
badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga
tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.
Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan
kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan
profesionalisme.
“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan
berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya
saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang
bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.
“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan
bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus
meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan
bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan
undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.
Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia
memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen
Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan
homoseksual di negara ini.
Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.
“Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes
ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah
sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,”
kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000
kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran
penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan
menjatuhkan reputasi Anwar.KD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan