KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan
agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman
kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba
dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah
Strategik MIC S Vell Paari.
Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu
menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan
bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada
pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi
“back-fire” kepada BN.
“Kenyataan
Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat
BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang
baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ... ianya
bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.
Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang
telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan
perdana menteri sebelum beliau.
“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa
perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.
“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila
kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi
keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang
dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara
ini.
Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah
penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu
dimainkan.“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.
Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali
mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak
menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat
perkauman.
“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan
negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu
kerajaan.“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi.TMI
2 ulasan:
Nasib baiklah `beranak' kat Malaysia! Sepatutnya bersyukur dapat PM yg jaga ayahnya jadi kaya......orang melayu tetap miskin juga.
Setuju, bukan sahaja mahathir, asalkan melayu Jangan sebut perkauman, Jangan sebut ugama...
Tapi tolong benarkan kaum lain nak sebut a pa sahaja, boleh sebar kristian, bina kuil bawah pokok.....Dan paling utama, tinggal dalam estet Dan beranak dalam tanah pun boleh minta Ic - WAJIB LULUS
Catat Ulasan