SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan
cadangan menutup kamera Sistem Penguatkuasa Automatik (AES) di dua
lokasi dalam Majlis Perbandaran Sepang (MPS) yang sepatutnya dibuat hari
ini.
Menurut Exco Selangor, Ronnie Liu, penangguhan itu dibuat atas nasihat pejabat peguam negeri yang dikeluarkan hari ini.
Dua lokasi adalah di kilometer 66 Arah Kajang Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan kilometer 301.7 arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Utara Selatan.
Dalam pada itu, MPS pagi ini turut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak akan menutup sendiri kamera di dua lokasi tersebut.
Yang Dipertua MPS Mohd Sayuthi Bakar berkata, sebaliknya, pihaknya telah mengarahkan syarikat yang bertanggungjawab memasang kamera tersebut iaitu Beta Tegap Sdn. Bhd. dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) untuk menutup sendiri kamera mereka melalui notis Seksyen 72(1)c di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 yang dikeluarkan semalam.
MPS katanya hanya akan mengambil tindakan sewajarnya selepas tempoh matang notis dikeluarkan.
"Majlis Perbandaran Sepang tidak menutup kamera AES di dua lokasi yang terlibat yang sepatutnya akan dijalankan pada petang ini sepertimana yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor," kata kenyataan majlis itu.
"Pihak Majlis akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang yang sedia ada setelah tempoh matang notis dikeluarkan," katanya lagi.Hrkh

Tiada ulasan:
Catat Ulasan