Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Disember 2012

'Doa Pas, Umno tidak ada beza'

 Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub

SHAH ALAM – Sebaik kontroversi doa 'KO BN' yang dipimpin adik Muryidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat mendoakan kehancuran Umno dan dikatakan menyalahi Enakmen Jenayah Syariah Kelantan, Umno pula tampil mengadakan solat hajat dan memohon kesejahteraan negara kelmarin.

Bagaimanapun, Pas menganggap doa sama ada semasa Muktamar Pas ataupun pada Perhimpunan Agung Umno itu tidak mempunyai sebarang perbezaan kerana kedua-duanya memanjatkan hajat masing-masing.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berpendapat, apa yang didoakan Pas tidak menujukan kepada mana-mana individu dalam Umno ataupun Barisan Nasional (BN).

Malahan katanya, beliau sendiri tidak berasa teruja dengan doa yang dibuat oleh Umno.

“Tidak ada apa yang nak teruja sebab bagi saya apa guna mendoakan kesejahteraan, sedangkan sejak mula Umno bersidang, sama ada perbahasan Puteri, Pemuda, Wanita hinggalah ke ucapan perasmian Presidennya, Pas dibelasah habis-habisan.

“Pas dikatakan songsang, pecah-belahkan umat Islam dan sebagainya, tetapi bila sampai ke penutup perhimpunan, nak mendoakan kesejahteraan pula,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Kelmarin, doa dan solat hajat itu dilaksanakan selepas selesai solat Jumaat di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno kali ke-66 dan diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sebelum solat hajat dimulakan, Jamil Khir memaklumkan bahawa solat tersebut dikhususkan untuk mendoakan keamanan dan kesejahteraan negara.

Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno.

Dalam pada itu, Salahuddin turut mendakwa, doa yang dibuat itu tidak menjelmakan Umno sebagai sebuah parti yang ikhlas atau benar-benar mendoakan kesejahteraan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu mengibaratkan doa Umno itu sekadar kosmetik semata-mata dan tidak menunjukkan hasrat sebenar Umno untuk menuju sejahtera.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula berkata, jika benar Umno benar-benar mendoakan ke arah kesejahteraan tidak mengapa, tetapi rakyat perlu melihat konteks doa yang dibawa oleh Pas dengan teliti.

“Kalau betul untuk sejahtera, OK... tapi doa Pas adalah bagi memperingati mujahid Pas yang terkorban dalam Peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985 disebabkan oleh kekejaman Umno.

“Selain peristiwa berdarah itu, berlaku juga beberapa lagi kekejaman Umno yang telah memenjarakan beberapa pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat (PR),” dakwanya lagi.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, tujuan utama doa Pas hanyalah untuk hentikan kezaliman Umno dan menuntut keadilan.SH

1 ulasan:

Quantum Metal Consultant berkata...

Pas berterusan buat silap...doa tu untuk hidayah balik ke pangkal jalan.

Takkan nak doa pas terus masuk longkang...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....