Himpunan Kebangkitan Rakyat siri II menyaksikan limpahan manusia di
Stadium Sultan Mohammad Ke IV, jauh mengatasi kehadiran peminat taksub
Red Warriors memenuhi gelanggang sukan itu ketika Kelantan merangkak
mendaki juara Piala Malaysia kali kedua.
Gimik berlainan disaksikan pada perhimpunan itu dengan menyaksikan
empat wakil NGO muncul dengan agenda masing-masing. Lynas diwakili
Clement Chin yang tampil membawa pengharapan supaya kilang nadir bumi di
Kuantan gagal menjadi kenyataan.
Kata beliau pihak anti Lynas telah berusaha bermacam-macam cara sehingga membawa ke Mahkamah Rayuan, namun gagal.
“Oleh itu langkah akhir kita akan pastikan kapal yang bakal membawa
nadir bumi dari Australia ke Kuantan nanti tidak dapat mendaratkan bahan
radio aktif tersebut. Ini semata-mata menyelamatkan generasi anak cucu
kita,” katanya, yang kadang-kadang tersekat dengan kelancaran berbahasa
Melayu.
Beliau juga mengharap sokongan padu rakyat Malaysia bagi memperjuangkan kehijauan lestari di Malaysia.
Manakala 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dinamakan Solidariti
Hijau tampil dengan diwakili Pengerusnya, Zulkifli Omar mengajak rakyat
bebas daripada pencemaran bagi mengelakkan ia memudaratkan rakyat pada
masa akan datang.
“Kita hendaklah menyingkirkan kerajaan yang ada hari ini kerana terus
membiarkan pencemaran persekitaran berlaku dalam negara,” katana.
Lim Kit Siang pula tampil mengajak rakyat menukar kerajaan yang ada
sekarang kerana sudah dipenuhi dengan pelbagai penyakit terutamanya
rasuah yang semakin tidak terkawal.
Katanya, indeks rasuah meletakkan Malaysia semakin merudum di mana pada tahun ini berada pada kedudukan ke-60.
Himpunan Kebangkitan Rakyat juga dikejutkan dengan kehadiran Presiden
Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia
(KERABAT), Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar menyerah lebih 700
borang bekas-bekas tentera menyertai PAS.Hrkh
1 ulasan:
Subhanallah....
Ustaz Azhar Kemah Keming KLIK SINI
Catat Ulasan