KUALA SELANGOR 12 OKT : Kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan
masjid di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah membolehkan
kerajaan negeri membina lebih banyak masjid.
Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebelum Pakatan
mentadbir, kos membina masjid seperti yang baru dibina di Jeram di sini
boleh mencecah sehingga RM 10 juta sebuah.Walhal masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Selangor sekarang dengan kos M 6.4 juta.
Beliau berkata kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid secara
berhemah memberi keupayaan Kerajaan Selangor membina beberapa buah
masjid lagi.Abdul Khalid berkata demikian ketika berucapan di dalam majlis penyerahan masjid Jeram kepada jawatankuasanya.
Beliau menambah, kariah perlu mengimarahkan masjid dengan program
yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat seperti program-program
ceramah dan majlis ilmu.“Justeru adalah menjadi tanggungjawab pegawai masjid agar dapat
menjaga kebersihan dan memelihara kawasan persekitaran masjid ini dengan
penanaman pokok untuk suasana yang lebih selesa.”
Beliau juga mencadangkan agar pihak masjid dapat mengadakan kemudahan
seperti internet wifi percuma dan pemeriksaan kesihatan bagi menarik
lebih ramai pengunjung.Kata Abdul Khalid, masjid-masjid di negeri ini yang bersih dan selesa
terutamanya tandasnya menjadi tarikan orang ramai daripada luar negeri
untuk singgah berehat sebentar.
Turut hadir dalam majlis penyerahan itu MP Kuala Selangor, Dr
Dzulkefly Ahmad dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.Abdul Khalid turut bersama-sama penduduk kariah menunaikan Solat
Jumaat dan memberikan ‘duit raya’ kepada kira-kira 100 orang kanak-kanak
sambil bermesra dengan penduduk setempat.TVS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan