Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 September 2012

Sebelum Sekat Jalan Ke Putrajaya Najib Sekat Dulu Gelombang Di Sabah

Oleh Mohd Sayuti Omar

Siang tadi Ha Najib Razak berikrar sambil mengajak orang Umno untuk menyekat jalan ke Putrajaya bagi menghalang Pakatan Rakyat memasuki ke kompleks kerajaan itu. Laung Najib dalam nada separuh lemah dan separuh bersemangat berbunyi; "kalau mereka hendak ke Putrajaya kita akan sekat jalan sekat jalan kerana mereka tidak layak untuk berada disitu," begitulah kira-kira kata Najib.

Menurutnya lagi dia tidak akan sekat dengan mengarahkan polis mengadakan roadblock tetapi akan sekat dengan kuasa rakyat. Wah hebat dan suci Najib dia seakan tidak mahu menyalahgunakan kuasa dalam mempertahankan kuasa politiknya. Tetapi tentu ramai yang tersenyum bila mendengar ucapan retorik itu kerana sebelum ini janji Najib untuk memberi kebebasan dan melakukan transfdormasi lebih lunak dari itu, namun habuk pun tak ada.

Otang masih ingat bagaimana Najib akan membenarkan himpunan Berssih 2.0 di stadium negara tetapi apa jadi selepas itu? Bukan itu saja banyak lagi kluk klek yang dilakukan Najib sekaligus menunjukkan akan kelemahan Najib sebagai seorang pemimpin nombor satu negara.

Kalau Najib hendak sekat jalan ke Putrajaya sememangnya wajar mengambil langkah bagi memasatikan kuasa dan kedudukannya kekal. Tidak ada jalan lain lagi bagi Najib melainkan menghalangkan kemaraan itu jika tidak beliau akan hanyut.0 Tetapi soalnya apalkah Najib mampu untuk berbuat demikian? Ini persoalannya dan tanda tanya yang bermain dalam kepala umum.

Melihat kepada mood rakyat dan perkembangan hari ini langkah Najib itu sudah terlambat. Beberapa usaha untuk menarik perhatian dan keyakinan rakyat kepada UBN yang dilaksanakan tidak memberi apa-apa kesan dan merubah suasana yang ada. Malahan kebangkit rakyat semakin melata dan menyeluruh. Pemberian berbillion wang yang dilakukan kini tidak sedikit pun mengucupkan kemahuan rakyat.

Bukan saja rakyat yang bebas tetapi rakyat yang terikat dengan berbagai bentuk institusi seperti Felda, dalam kerajaan juga tidak dapat dibendung lagi. Bukan semua 1,200 keluarga Felda senang dan puas dengan pemberian durian runtuh kepada mereka. Demikian juga pegawai kerajaan semakin berania menyatakan rasa tidak senang kepada kerajaan

Bagi rakyat umum pula wang dan segala macam pemberian oleh kerajaan diambil tetapi mereka tidak membuat jaminan dan menunjukkan komited untuk bersama Najib mempertahankan kerajaan UBN.

Di sini saya tidak mahu membuat perkiraan apakah Najib berjaya mengekalkan Putrajaya dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, tertapi saya ingin  bertanya secara bodoh apakah Najib berjaya untuk menghalang kebangkitan rakyat di Sabah. Esok khabarnya Najib akan ke Sarawak dalam siri perjumpaan dan sambutan hari kemerdekaan dalam rangka untuk memujuk rakyat Malaysia Timur untuk terus bersama BN.

Gelora yang menimpa Sabah kini tidak dapat ditutup lagi. Kalau ia laksana buah ranum dan berbau, baunya sudah merayap ke segenap ruang dan menyendak lubang hidung. Apa yang berlaku di Sabah sekarang ini jelas menunjukkan Najib tidak ada kuasa hikmat untuk membendungkan kebencian rakyat Sabah kepada UBN dan menyekat rasa ingin lari mereka dari BN. Tindakan diambil beberapa tokoh Umno negeri itu yang meninggalkan BN menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepada Najib. Perkembangan itulah menjadikan Najib seakan sudah kehilangan sebiji telor!

Penyemberangan dan tindakan meninggalkan BN oleh beberapa tokoh rakyat di Sabah bukan saja terhenti setakat itu saja tetapi ia terus berlaku sehingga tiba pilihan raya. 15 dan 16 September nanti Anwar Ibrahim akan ke Sarawak dan Sabah sekali lagi. Di sana nanti ada beberapa kejutan yang bakal membelalakkan anak mata Najib termasuk sesuatu tindakan di luar dugaan. Mungkin untuk dibayangkan impi dan angan 16 September akan menjelma menjadi kenyataan ia agak melampau tetapi kejadian itu tidak mustahil? Dinasihatkan Najib menyedari perkara ini sedalam-dalamnya.

Jadi kalau arus kebangkitan rakyat Sabah gagal untuk Najib menghalangnya macam pula dengan arus perubahan yang berlaku di Semenanjung khasnya di kalangan anak-anak muda dan juga orang Cina. Gambaran pada himpunan di ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka, Shah Alam dan juga KLCC malam semalam mengisyaratkan apa yang sedang bergerak dari bawah kini. Kehadiran orang ramai yang tidak dibayar atau dimobilisasi oleh mana-mana pihak ke himpunan itu dengan membawa aspirasi mereka sendiri mahukan perubahan memberi amaran awal kepada Najib untuk melihat kemarakan api perubahan.

Silalah Najib sekat dan halang jalan ke Putrajaya. Silakan... Lakukan apa saja. Sekatlah dari semua penjuru. Angin perubahan yang melanda dan mengerisik di dalam diri rakyat muasir ini menyebabkan Najib dan BN tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Kini Najib hanya bola berdoa saja tanpa boleh melakukan sesuatu yang lebih bererti dari itu.

Sebaliknya kalau Najib terus degil dan cuba menghalang jalan ke Putrajaya menyekat ombak kebangkitan dan kemaraan rakyat, maka sejarah baru akan dicatat di negara ini, sejarah bagaimana seorang perdana menteri akan jatuh terlentang di atas jalan kerana dirempuh rakyat yang 'ising' kepada sebuah perubahan dan mahu melenyapkan sebuah kerajaan yang bagi mereka menyemakkan mata memandang.

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....