Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 27 September 2012

PKR siasat Mansor Othman

KUALA LUMPUR - Lembaga Disiplin PKR telah memulakan siasatan terhadap Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berhubung dakwaan menggelar Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai sombong dan angkuh.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan itu dijalankan oleh lembaga disiplin namun setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan, sama ada terdapat unsur-unsur sabotaj parti, dan jika perkara ini berlaku kami tidak teragak-agak untuk ambil tindakan. Kita serahkan kepada lembaga disiplin jalankan siasatan dan tunggu laporan dari mereka sebelum tindakan diambil," katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas rakaman percakapan Mansor didedahkan menerusi laporan berita sebuah televisyen swasta yang dirakam secara sulit, dipercayai suara dan keluhan Mansor terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak setelah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008.

Mansor dikatakan membuat kenyataan tersebut apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.

Mansor sebelum ini dalam satu sidang media, menafikan menggunakan perkataan sombong dan angkuh terhadap Guan Eng seperti mana dilaporkan media.

Namun, beliau akui menggunakan perkataan ‘tokong’ sebagai gelaran kepada Guan Eng yang mendapat sanjungan tinggi dan penghormatan rakyat Pulau Pinang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR tidak membenarkan adanya unsur sabotaj dalam parti.

Beliau berkata, PKR menghormati kebebasan bersuara setiap ahlinya, tetapi masih ada batasan.SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cakap siang pandang-pandang cakap malam dengar-dengar
itulah yang selalu dipesankan berhati-hati musuh ada dimana saja.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....