Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 18 September 2012

Kenyataan Hishammuddin bukti polis tidak bebas

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Ahli parlimen PKR kawasan Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (gambar) menyifatkan kenyataan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak memberi jaminan keselamatan bagi program anjuran Pakatan Rakyat (PR) sebagai gambaran jelas institusi polis negara tidak lagi bebas.

Hishammuddin dalam kenyataan semalam turut bertindak menyalahkan pihak PR sebagai punca tugas PDRM semakin meningkat berikutan tindakan memburukkan kerajaan dan menyuntik kebencian generasi muda terhadap pemimpin negara.

“Tanggungjawab ini semakin berat terutamanya untuk pastikan rakyat sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

“Sikap pembangkang yang memburukkan dan menanam kebencian telah meningkatkan lagi tugas polis,” kata Hishammuddin semalam.

Nurul Izzah berkata sebagai seorang menteri, kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan membuktikan institusi polis selama ini hanya menurut perintah tuan mereka dan tidak menjalankan tugas dengan profesional.

“Kenyataan daripada Hishammuddin tidak boleh diterima dan melanggar tanggungjawab yang diberikan kepadanya, kalau kita memerintah kita akan pastikan orang seperti ini tidak jadi menteri,” kata Nurul dalam satu forum bertajuk “Creating a Rising Economic Tide that Lifts All Boats” hari ini.

Laporan daripada sebuah laman portal berita pada 15 September lalu mengundang rasa tidak puas hati Hishammuddin yang mengganggap kenyataannya telah diputar-belit dan menyifatkan ia berniat jahat, hinggakan mendapat perhatian pemimpin tinggi daripada PR yang bertindak menyerang dirinya.

Menurut Nurul Izzah lagi, institusi polis sepatutnya bebas dan bersih tidak terikat dengan mana-mana pihak tetapi sebaliknya yang berlaku apabila polis terpaksa mengikut telunjuk seorang menteri tanpa menghiraukan kesan persepsi buruk yang timbul selepas itu.

“Bukankah institusi polis sepatutnya bebas?“Kenapa segalanya mesti ditentukan oleh pihak yang berkepentingan?“Bukankah ini melanggar prinsip institusi polis yang mahu memberikan keadilan rakyat?” tegas Nurul lagi.

Insiden keganasan politik yang ditujukan kepada pemimpin PR menjadi topik yang diperkatakan mutakhir ini hingga menyebabkan terdapat gesaan campur tangan daripada pihak kementerian dan berkuasa.TMI

Tiada ulasan:

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....