Semalam BERNAMA telah melaporkan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS setelah bekas Timbalan Presiden PAS tersebut dilihat bersama Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah pada Selasa.
Kenyataan yang menyebut nama Nasharudin itu sebenarnya adalah satu kenyataan yang ditokok tambah oleh BERNAMA sendiri kerana dalam kenyataannya TG Nik Aziz tidak langsung menyebut nama Nasharudin.
Dari kenyataan yang disiarkan di laman Facebook milik TG Nik Aziz, beliau mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan menggesa sesiapa keluar dari parti seperti yang dilaporkan oleh portal-portal tertentu.
Menurutnya lagi soal keluar parti adalah bergantung kepada individu itu sendiri ataut keputusan yang dibuat oleh PAS Pusat.
Apa yang beliau nyatakan sebenarnya ialah “Saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti.
Bukannya "Saya tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada PAS".
Gagal memecah belahkan perpaduan antara parti dalam Pakatan Rakyat, cubaan memecah belah dalam parti pula dijalankan mereka..
Semakin hampir dengan Plilihanraya, semakin banyak medium yang digunakan untuk memporak perandakan Pakatan Rakyat nampaknya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan