SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan, beliau tidak pernah menderhaka kepada ibunya justeru meminta Umno supaya tidak mengheret keluarga, khusus ibunya ke dalam kancah politik.
Dalam kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Azmin juga berkata, institusi keluarga termasuk hubungan kekeluargaan perlu disejahterakan dan bukannya diaibkan menerusi media.
"Saya tidak pernah menderhaka kepada ibu saya. Saya senantiasa kasih dan sayang kepada ibu dan bapa saya.
"Saya tetap mendoakan semoga ibu saya senantiasa berada dalam lindungan ALLAH SWT dan mendapat rahmat-Nya serta beroleh kesihatan yang baik," kata Azmin.
Ahli Parlimen Gombak itu kemudian menyatakan bahawa beliau tetap sayang dan hormat kepada ibunya serta menyanjung tinggi sokongan yang diberikan oleh keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
"Saya bertekad untuk meneruskan perjuangan menjana perubahan melalui wacana segar yang mengangkat dasar kepedulian rakyat. Saya berazam untuk melawan budaya politik jelik yang disuburkan oleh Umno dan media yang ditunggangi mereka," katanya lagi.
Kenyataan Azmin juga menyifatkan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan fitnah daripada Umno.
Sebaliknya jelas beliau, tumpuan akan diberikan kepada usaha dan kerja-kerja parti selaku Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat PKR untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang dijangkakan bulan depan.AntaraPos

Tiada ulasan:
Catat Ulasan